Monday, September 22, 2014

NIAT

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, masih bernafas lagi harini.

Terasa nak berkongsi dengan sahabat semua apa yang saya jumpa di Facebook :


"Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar kerana NIAT;
dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh kerana NIAT"

NIAT mengambil peranan yang besar dalam apa jua yang kita lakukan.
Tapi kita mesti ingat juga yang - NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Terkadang kita berniat baik tetapi jika caranya salah, ianya tetap salah yer.

Contohnya, niat kita hendak membetulkan kesilapan sahabat baik kita.
Tapi bila kita cuba membetulkannya dengan cara menyatakan secara terbuka sehingga orang lain pun tahu. Pengakhirannya sahabat baik kita malu dan menyebabkan hubungan persahabatan kita terjejas.
Nampak di situ yang ianya tak betul walaupun kita berniat baik.

Sebaiknya, kita menegur secara berdepan dan tertutup. Sekurangnya sahabat baik kita tidak terasa hati dan boleh menerima teguran daripada kita.
Di situ terdapat situasi menang-menang.
Sahabat baik kita tidak berkecil hati dan terbuka serta kita pun dapat menyampaikan niat kita dengan betul. Nampak kan?

Walau apapun kita lakukan, pasangkan niat yang baik-baik agar segalanya yang baik akan kembali kepada kita. Insya Allah.

Wallahua'lam.

Share: