Monday, April 04, 2016

Aktiviti main pasir tiruan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Aktiviti hujung minggu semalam ni, saya bagi Amir main pasir. Kira lepas gian buat Amir. Lagipun dah lama beli pasir, tapi mainnya jarang. Almaklum, saya bekerja. Jadi bila hari biasa-biasa ni memang tak dan nak bagi dia main pasir.


Seronok memang seronok. Ada masa, saya dan suami saja bawak Amir main pasir di pantai. Kalau main pasir di pantai tu, balik kampung ke Mersing la jawabnya.
Sebenarnya pasir ni bagus untuk perkembangan motor skill anak-anak.
Bukan setakat motor skill je, kreativiti anak-anak pon bole terbentuk dengan bermain pasir. Yang ada anak kecik baby lagi, bagus kalau kita kasi dia pijak-pijak pasir tu. Bagi tapak kaki dia merasa permukaan pasir dan sekurangnya macam akupuntur untuk mereka.

Sekarang ni, tak semestinya kita ke pantai je kalau nak ajak anak main pasir. Kita boleh beli pasir tiruan buat anak-anak main. Ada di kedai-kedai online macam Lazada. Selain itu, kedai seperti 99shop pon ada jual pasir, siap warna-warni lagi. Dah macam main plastesin pulak jadinya. Hihi

Kalau saya layan anak saya main pasir, korang pulak layan anak main apa yer?
Jom share ^_^
Share: