Tuesday, May 03, 2016

Lemau sikit harini

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

3 hari cuti, rasa lemau pulak harini. 

Cuti semalam ni saya cuma balik ke kampung mentua, rutin setiap bulan. Dan yang agak mengharukan, perjalanan kami macam balik berhari raya pulak. Traffic jam + kenderaan banyak. 


Fuh, balik Perak dah rasa macam jauh perjalanan ke Kelantan pulak (macam pernah je..hihi). Dengar kat radio semalam, boleh tahan traffic jam sana sini, baik yang ke utara, mahupun ke selatan.

Sahabat kemana semalam? 

Kalau setakat berehat di rumah, bestnya sebab tak perlu nak menempuh traffic jam.


Alhamdulillah, dah masuk bulan May. Bila belek-belek kalendar, terperasan yang kita tinggal lebih kurang 4 minggu je lagi ni nak berpuasa. Dan rutin tiap tahun, adanya Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Alhamdulillah, malam tadi pembukaan. Seminggu ni lah ni ada Tilawah Al-Quran. Bila dah nak berpuasa ni, dah habis ganti puasa belum? Kalau belum, sempat lagi ni. Kepada yang dah sudah, jom kita training untuk berpuasa. Saya kengkonon nak training, tak ter'start' pon lagi. Huhu.

Kepada yang dah start training puasa, Alhamdulillah, TAHNIAH!!
Kepada yang belum start lagi, macam saya, jom kuatkan semangat untuk training puasa.

Okla, selamat menjalani hari ini dengan ceria dan bahagia.

Wallahua'lam
Share: