Alhamdulillah
Lambat pulak bersiaran hari ini.
Sebenarnya MPA balik kampung suami.
Awal pagi tadi dalam pukul 5 macamtu, kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan berita pemergian, tapi kali ini atok suami MPA.
Memang kami sekeluarga terkejut pagi ni. Atok suami dikatakan mengalami semput yang teruk malam tadi. Kebetulan beliau tinggal bersama anak beliau, iaitu pakcik suami, jadi beliau telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar. Tapi sudah tertulis, atok suami meninggal semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Mak mentua paling terkesan sebab ayahnya sendiri dan kami pon terasa juga tempias kehilangan beliau. Walau apapon, MPA mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh, insya Allah.
Untuk bulan ini saja, MPA telah kehilangan sepupu pada 8hb yang lepas, makcik belah abah MPA pada 11hb yang lepas, dan yang terkini, atok suami pada hari ini.
Mati itu pasti, namun yang membezakan ialah saat dan ketikanya kita kembali kepadaNya.
Wallahua'lam