Alhamdulillah
Khamis baru-baru ni, Ain dibenarkan untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah, syukur sangat selepas hampir 3 minggu juga la kat hospital.
Tapi balik ni bukan balik kosong. Balik ada bekalan. Bukan setakat ubat, lebih daripada itu.
Inilah yang dikatakan bekalan selain ubat saja. Ain perlu menyusu ikut tiub kat hidung tu untuk mengelakkan apa-apa saja ke paru-paru Ain. Pakar paru-paru bagitau yang Ain ada beberapa kerosakan kecil kat paru-paru dia. Jadi, untuk mengelakkan tambahan kerosakan, sementara ni kenalah guna tiub.
Disebabkan Ain mengalami under weight, pakar pemakanan mencadangkan pengambilan HMF.
Ini yang ditambahkan kat susu Ain. Alhamdulillah, susu badan MPA meriah untuk Ain. Memang dah pasang niat nak susukan Ain dengan susu badan sendiri, seboleh-bolehnya sampai Ain 2 tahun. Fuh, perjalanan panjang lagi sebab Ain baru nak masuk 8 bulan. Huhu
Haritu ada dibekalkan beberapa HMF ni untuk kegunaan kat rumah, tapi tak banyakla. Pakar pemakanan cadangkankan untuk cari di luar tapi agak susah sikit la sebab ianya selalu digunakan dekat hospital.
Selain itu, pakar pemakanan cadangkan susu untuk bayi pramatang (memang Ain pramatang pon) dan MCF oil. Ni semua bertujuan untuk naikkan berat badan Ain.
Dua minggu lagi, 23hb Jun ada follow up checkup Ain kat hospital. Pakar kanak-kanak ada pesan kat Ain, nanti jumpa berat mesti dah naik. Fuh, fuh, fuh. Berdebar dan banyak juga yang kena buat ni. Huhu
Doakanlah ya sahabat semua berat Ain bertambah, mengikut peringkat umur dia. Insya Allah, aamiin
Wallahua'lam