Tadi ni MPA tengah layan Sinar FM, tiba-tiba lagu Casey - Seribu Impian berkumandang. Siapa kat sini membesar dengan lagu Casey ni? Entah kat mana Casey sekarang ni ya.
Teringat zaman kecil dulu. Memang ada seribu impian. Tapi rasanya lebih lagi kot. Siap berangan kalau jumpa kawan-kawan lama semua bila dah besar nanti, macamana agaknya ya.
Tapi bila dah besar dan masing-masing dah berkeluarga, payah pula nak berjumpa. Huhu
Dan seribu impian tu tak ingat lagi dah. Mungkin ada yang tercapai dan mungkin ada yang tidak.
Kepada yang dapat capai seribu impiannya, tahniah MPA ucapkan. Maksudnya, impian jadi kenyataan. Seronoknya.
Kepada yang tak dapat capai lagi ataupun dapat capai sebahagian (termasuklah MPA sendiri..huhu), jangan putus asa. Kita masih diberikan peluang dan ruang masa untuk mencapai. Tapi agak-agak yang mustahil tu, macam impian untuk berkahwin pada umur 26 tahun ke, tapi sekarang dah 30 tahun ke, jangan merajuk pula. Sebab jodoh tu kan Allah dah tetapkan untuk hambaNya.
Untuk impian yang tidak dapat kita capai walaupun telah berusaha sebaiknya, bersangka baiklah dengan Allah. Allah kan sebaik-baik perancang. Mungkin ada baiknya untuk kita tidak mencapai impian kita. Mana tau jika kita capainya, boleh jadi kita lupa diri, menderhaka kepada ibubapa atau sebagainya. Tak mustahil kan?
Oleh itu, berlapang dadalah terima segalanya. Sebelum berlapang dada tu, berusaha dulu ya. Mudah-mudahan impian kita semua dimakbulkan Allah, jika ianya baik untuk kita. Insya Allah.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)