Alhamdulillah
Siapa yang ada anak kecil, mesti teruja.
Apa lagi kalau bukan Baby Expo.
Semalam, ada kawan mengingatkan MPA tentang Baby Expo ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak. TCE Baby Expo ni bermula hari ini, 28 Julai dan berakhir hujung minggu ini, 31 Julai 2016 di Midvalley.
Semestinya banyak produk dan barangan bayi ditawarkan dengan harga yang sangat menarik. Seperti biasa, ramai ibubapa yang tidak lepaskan peluang lebih-lebih lagi minggu ini adalah minggu gaji.
Untuk mengelakkan kesesakan, lebih baik datang samada pada hari ini atau esok sebab kedua-dua hari ini adalah hari bekerja. Kepada yang tidak berkesempatan untuk pergi, mungkin boleh bertanyakan dan mengirim kepada kawan-kawan ataupun jiran-jiran yang akan ke sana.
Dalam sibuk rambang mata nanti tu, berbelanjalah secara berhemah. Berbelanjalah mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak. Bak kata orang zaman sekarang, jiwa mesti kental. Kalau tak kental, tu yang cair tengok barangan dengan tawaran yang menarik. MPA akui MPA pun kadang-kadang terbabas juga. Bukan selalu dapat tawaran macam ni kan. Tapi kalau jiwa kental, insya Allah, boleh ditepis tawaran yang ada tu. Walaupun mungkin tak semua tawaran boleh ditepis, sekurangnya tidaklah kita berbelanja berlebihan. Fikir sedalam-dalam dulu ya.
SELAMAT BERBELANJA!!
Wallahua'lam