Monday, January 02, 2017

Corat coret 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Sehari telah berlalu untuk tahun 2017 dan semakin kita meninggalkan jauh 2016. Ada sesuatu yang boleh kita renung untuk sepanjang tahun 2016 supaya menjadi panduan dan pedoman untuk kita mengharungi 2017 dengan lebih baik.

Sepanjang tahun 2016, banyak suka dan duka telah kita harungi. Kehidupan MPA juga turut menerima tempiasnya.


Tahun 2016 adalah tahun yang paling banyak sekali kemasukan puteri MPA, Ain Humaira ke dalam wad. Kebanyakkannya berkaitan dengan jangkitan kuman di paru-paru. Boleh dikatakan hampir setiap bulan juga. Semoga tahun 2017 memberi sinar dan harapan untuk Ain sembuh sepertimana kanak-kanak yang lain.

Tahun 2016 juga tercatat sebagai tahun terakhir MPA bekerja setelah hampir 12 tahun juga MPA telah bekerja di pelbagai jabatan dan juga syarikat. Pengalaman yang amat berharga. Semoga tahun 2017 ini, MPA kuat, sabar dan tabah untuk mendidik dan menjaga putera dan puteri MPA, Amir Syukur dan Ain Humaira.

Blog kesayangan MPA ini turut mengalami kesan dimana entri kurang diterbitkan pada tahun 2016 ini. Ini berlaku terutama bila Ain masuk wad. Selain faktor line internet yang kurang bagus, faktor pengurusan masa juga mempengaruhi. Almaklum, bila di wad berdua dengan Ain, segalanya perlu MPA uruskan sendiri. Tambahan pula setiap 3 jam sekali, MPA perlu memberikan Ain susu, membuatkan blog ini sedikit terabai. Semoga tahun 2017, blog ini meriah seperti suatu masa dahulu.


Insya Allah, tahun 2017 ini merupakan tahun pertama Amir memulakan alam persekolahannya iaitu Amir bersekolah tadika. Teruja, berdebar dan pelbagai rasa lagi bercampur-baur memikirkan hari pertama persekolahan Amir memandangkan Amir akan mula bersekolah pada esok, hari Selasa. Sebagaimana ibubapa yang lain, MPA juga tidak terlepas untuk mengharapkan segala yang terbaik buat Amir. Semoga Amir terus minat mendalami ilmu-ilmu yang bermanfaat buatnya, insya Allah.

Sudah pasti banyak azam, harapan dan semangat diletakkan pada tahun 2017. Semoga tahun 2017 ini memberikan sinar harapan dan kebahagiaan buat MPA dan sahabat-sahabat di alam maya ini. Semoga MPA dan sahabat-sahabat alam maya  ini kuat, tabah dan sabar menempuhi apa jua yang mendatang. Semoga urusan kita semua pada tahun ini dipermudahkan, diberkati dan diredhai oleh Allah Taala. Insya Allah, aamiin.

SELAMAT TAHUN BARU 2017.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: