Wednesday, August 31, 2016

Quotes (8) - Niat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
NIAT itu seperti SURAT.

Salah tulis ALAMAT, akan sampai salah TEMPAT.

Monday, August 22, 2016

Quotes (7) - Kata Ulama

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

"Kata Ulama' salah satu tanda Allah nak makbulkan doa kita bila Allah menggerakkan bibir kita untuk berdoa. Kalau hari-hari kita mohon Syurga, ketahuilah bahawa Allah nak bagi benda tu (Syurga)"
[Al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar]

Wednesday, August 17, 2016

Quotes (6) - Tinggalkan keburukan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Tinggalkan keburukan

"Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah memberi ganti padamu dengan yang lebih baik"

(H.R. Ahmad)

Tuesday, August 16, 2016

One going up, another will coming soon

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Semalam MPA terpaksa bercuti kecemasan disebabkan Ain demam. Itu yang blog tak ber'update' untuk beberapa hari. Ain demam bermula pada pukul 4.00 pagi. Walaupun dah diberikan ubat, demam Ain berulang bila dekat dengan masa untuk dia sepatutnya makan ubat. Pada mulanya MPA ingatkan Ain demam sebab penat berjalan pada hujung minggu. Tergerak pula hati MPA nak periksa gusi Ain. Alhamdulillah, rupanya demam nak tumbuh gigi rupanya. Satu langkah lagi dia maju ke depan.


Jom kita baca cerita berkaitan pertumbuhan gigi bayi ini.

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda. 

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal. 

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri. 

Bila pertumbuhan gigi berkembang

Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun. 

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. 

Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi. 

Bagaimana ia berkembang

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut. 

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan. 

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. 

Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda. 

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga. 

Apakah perkembangan seterusnya?

Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun. 

Bagaimana anda boleh membantu

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. 

Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk. 

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain. 

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja. 

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi. 

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida). 

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi. 

Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju. 

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi. 

Bila anda harus bimbang

Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang. 

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi. 


(Sumber : http://www.babycenter.com.my/)

Alhamdulillah. Seronok pula bila tahu Ain dah selangkah ke hadapan. Walaupun ianya agak lewat untuk Ain yang berusia 10 bulan, tapi MPA kena ingat yang perkembangan setiap kanak-kanak tidak sama. Begitu juga dengan kita sebagai manusia, tidak akan sama di antara satu sama lain. Untuk satu dua perkara mungkin sama atau hampir sama, tapi untuk keseluruhan, memang tidak akan sama.

Mudah-mudahan Ain akan terus berkembang maju dan terus maju. Insya Allah.

Wallahua'lam

Thursday, August 11, 2016

Quotes (5) - You don't know your future

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

You don't know your future.
But you know Allah.
So, trust Allah.
Because Allah has control over your future.

Kita tidak tahu masa depan kita.
Tetapi kita tahu Allah ada.
Jadi, percaya pada Allah.
Sebab Allah mengawal masa depan kita.

Wednesday, August 10, 2016

Quotes (4) - Musibah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu
maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."

[Surah Asy-Syuura, Ayat : 30]

Tuesday, August 09, 2016

Quotes (3) - Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Bersihkan hati

Hapuskan dendam

Luruskan niat

Semoga hari ini jauh lebih baik dari semalam

Monday, August 08, 2016

Quotes (2) - Pinjaman

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Kalau kaya, jangan sombong
Kalau cantik, jangan perasan
Kalau bijak, jangan bongkak
Kalau berjaya, jangan lupa daratan
Semuanya cuma pinjaman
Sampai masa akan diambil kembali

Saturday, August 06, 2016

Quotes (1)

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
If you are too busy to enjoy quality time with your family, 

then you need to re-evaluate your priorities.

Friday, August 05, 2016

Istidraj

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

ISTIDRAJ

1. Tidak sembahyang tetapi exam cemerlang

2. Tidak solat tetapi gaji berlipat-lipat

3. Tidak tutup aurat tetapi bisnes meningkat

4. Tidak puasa tetapi rumah dua tiga

5. Tidak bayar zakat tetapi selalu naik pangkat

6. Derhaka ayah ibu tetapi duit beribu-ribu

Nikmat yang diberikan membuatkan mereka menjadi lebih sesat. 
Bertaubatlah sebelum ajalmu tiba.

Doa pagi Jumaat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari.
Jom kita berdoa pagi Jumaat ini, semoga beroleh barakah di hari mulia ini. Insya Allah.


Wallahua'lam

Thursday, August 04, 2016

Doa dan Usaha

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
DOA DAN USAHA

Terdapat perbezaan yang besar antara berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dengan berdoa sahaja dan berharap ianya akan terjadi dengan sendiri. Itu sebabnya adanya formula berkaitan dengan DOA dan USAHA ini iaitu :

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = D.U.I.T

Bila adanya kesemua diatas, insya Allah, segala yang diimpikan akan tercapai. Tapi yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jika telah berusaha segala daya tapi tidak dapat seperti apa yang dihajati, periksa diri dan amal perbuatan kita. Mungkin ada cacat celanya di mana-mana. Jika semuanya telah dilakukan tetapi keadaan masih juga sama, anggaplah ianya adalah perkara yang terbaik buat kita. Ada juga beberapa perkara yang Allah simpan dan tidak diberikan kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baik dan serahkanlah segalanya kepada-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan redha Allah, insya Allah.

Wallahua'lam

Post yang ke 1000

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Petang semalam, kalau ada yang perasan, MPA ada post gambar di bawah ni :
Alhamdulillah, pejam celik dah 1000 rupanya post MPA dan ini merupakan post yang ke 1002. Serius, memang tak perasan. Bagi MPA pencapaian yang membanggakan juga sebab bukan senang nak beri komitmen untuk menulis sampai ke 1000 entri. Walaupun entri MPA kadang-kadang merapu, MPA tetap nak berterima kasih kepada semua yang sudi singgah ke sini. Sepanjang untuk buat entri sehingga ke 1000 itu, memang banyak kali MPA alami 'writer's block'. Tapi gagahkan juga membelek dan mencari idea untuk dijadikan entri. Dan sepanjang ini juga, MPA pernah menghilangkan diri seketika daripada blog ini.

Insya Allah, mudah-mudahan MPA dapat terus menyumbangkan sesuatu yang berguna untuk semua. MPA minta maaf untuk entri-entri MPA yang kadang merapu itu. Sebarang teguran, silalah PM MPA untuk MPA perbaiki diri. Banyak lagi nak kena belajar untuk memajukan diri ini. Mudah-mudahan MPA berkesempatan untuk belajar perkara-perkara yang baru dan dapat memberikan manfaat untuk semua.

Wallahua'lam

Wednesday, August 03, 2016

WW - Post 1000

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

WW - Sabar dalam menuntut ilmu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

SABAR DALAM MENUNTUT ILMU

Dari Yahya bin Abi Katsir rahimahullah, beliau berkata,

"Ilmu itu tidaklah didapatkan dengan jasad yang santai."

[Diriwayatkan oleh Muslim]

WW - Hidup ini ada pasang surutnya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
HIDUP INI ADA PASANG SURUTNYA

Kadang kita disayangi
Kadang kita dibenci
BIARPUN TANPA ALASAN
Biarpun tanpa sebab, YANG MUNASABAH

Jangan berkecil hati
Jika orang lain salah faham pada kita

Kerana ALLAH lebih faham
Akan isi hati kita.

Apabila kita REDHA
Pada sesuatu yang mengecewakan hati kita

Maka percayalah, ALLAH akan menggantikan
kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka

Tuesday, August 02, 2016

Ilmu apabila di hati dan di hawa nafsu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Ilmu apabila di HATI,

maka ia ibarat CAHAYA.

Dan apabila ilmu di HAWA NAFSU,

maka ia ibarat API.

[Habib Idrus bin Umar Al-Habsyi]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab