Wednesday, September 20, 2023

Belajar Tadabbur Quran : Surah Al Asr (Ayat 1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Hari itu dengan izin daripada Allah dan mungkin juga teguran dan peringatan daripada Allah, masa tengah scroll Instagram, lalu satu posting dari akaun Instagram yang Umie sendiri tak perasan bila masa Umie follow akaun ini. Posting itu mengajak muslimah untuk join dan sama-sama belajar Quran Journaling, Asmaul Husna Journaling, Doa Journaling dan Gratitude Journaling.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Umie untuk sertai walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu Indonesia sebab pemilik akaun instagram itu adalah daripada Indonesia. Pembelajaran semua dalam Whatsapp dan digalakkan untuk hantar tugasan.

Alhamdulillah. Banyak yang Umie sendiri belajar dalam masa seminggu saja bagaimana nak buat journaling semua itu. Umie minat dengan teknik journaling tapi tak tahu macam mana nak mula dan apa perkara yang perlu dijournalkan. Jadi, bila ada buka offer macam ini, mestilah tak lepas peluang.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Sebenarnya, Umie suka dengan akaun Instagram Nota Nadia. Banyak Puan Nadia kongsikan tentang tadabbur Quran menggunakan poster yang comel-comel. Mungkin sesetengah nampak macam kebudakan, tapi bagi Umie nampak menarik perhatian. Dan Umie terinspirasi dengan beliau dan sekarang sedang berusaha nak berkongsi macam beliau.

Untuk permulaan, Umie mulakan dengan Tadabbur Quran iaitu Surah Al-Asr. Kenapa Umie pilih surah Al-Asr?

Sebab surah ini pendek dan untuk elakkan Umie cepat jemu mahupun give up. Insya Allah, slowly Umie upgrade ke Surah Al-Baqarah. Buat masa ini, Umie fokus pada surah-surah pendek dulu ya. Doakan Umie istiqamah dan tak give up buat Quran Journaling ya kalian. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian. Insya Allah, aamiin.😉

Untuk Quran Journaling Surah Al-Asr ini, Umie rujuk kuliah daripada Ustaz Syahmi Syazeril Azmi daripada rancangan Assalamualaikum TvAlhijrah. Ini video beliau kalau kalian pun merancang nak tadabbur surah yang sama : 


Untuk kuliah ini, Ustaz hanya sempat kupas ayat pertama daripada Surah Al-Asr iaitu وَٱلۡعَصۡرِ. Baru ayat pertama yang pendek tapi kupasannya panjang dan puas hati. Cuba tengok nota tulisan tangan Umie ni. Kalian faham ke? Hehehe

http://mamapapaamir.blogspot.com

Maksud ayat pertama Surah Al Asr ini ialah "Demi masa." Ia bermaksud Allah bersumpah dengan masa dan ketahuilah, masa adalah makhluk Allah juga. Bila baca tafsir ayat seterusnya, ia bermaksud manusia dalam kerugian.

Kenapa dengan demi masa manusia dalam kerugian pula?

Menurut kata Ustaz, kita dalam kerugian sebab tak gunakan masa dengan sebaiknya dan sehabis baik sebagaimana ada pepatah yang berbunyi, gagal merancang sama dengan merancang untuk gagal.

Selain itu, kita juga belajar macam-macam teknik tentang pengurusan masa seperti time block, pamodoro dan banyak lagi tapi alangkah ruginya bila kita rasa masa ini kita yang punya dan tak minta Allah bantu kita menguruskannya. Allahu 😭

Dalam kita sibuk merancang mahupun melaksanakan perancangan kita, selalu ingat yang Allah sentiasa ada di atas perancangan kita dan ada takdir Allah di atas semuanya.  Sebagaimana kata-kata yang menyatakan "Doa dan usaha adalah urusan kita, hasilnya biarlah Allah yang tentukan."

Andai Allah kurniakan hasil yang baik, Alhamdulillah, syukur.
Andai Allah kurniakan hasil bukan jangkaan kita, Alhamdulillah dan bersabar. 

Insya Allah, satu hari nanti Allah akan kurniakan juga andai kita berusaha bersungguh dan selitkan Allah juga dalam aktiviti kita. Just enjoy the process tapi yang terlebih enjoy pula sampai leka.

Begitulah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, September 18, 2023

Tamadun Melayu dan Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian rajin belek Youtube? Kalian ada perasan atau pernah tengok video daripada Prof Dr Solehah Yaacob?

Sebenarnya Umie suka dengan kuliah Ustaz Amin Abdullah sebab Ustaz Amin suka cerita kisah-kisah sejarah. Kebetulan lalu lintas video Prof Dr Solehah Yaacob dengan tajuk yang menarik iaitu berkaitan Tanah Melayu. Ini salah satu video Prof Dr Solehah Yaacob bertajuk Tamadun Melayu dan Islam.

https://youtu.be/gtR82M7ncz4?si=Ls6jfw57XD94KB82

Satu masa dulu, subjek Sejarah la yang paling Umie tak suka sebab Umie tak suka nak hafal-hafal ni, lebih suka kepada kira-kira. Sampaikan tahap baru tengok buku teks Sejarah, mula menguap. Bila buka muka surat pertama, apa lagi, tersengguk-sengguk dibuatnya. Sampai cikgu Sejarah suruh anggap buku teks Sejarah itu sebagai buku novel yang best-best, tapi ia kurang berjaya. Maafkan kami cikgu. Huhuhu

Tapi bila dah makin meningkat umur sekarang ini, minat pula dengan Sejarah. Lagi-lagi bila Ustaz Amin bercerita. Bila terjebak dengan Prof Dr Solehah Yaacob, makin jatuh cinta dengan Sejarah. Hehehe

Bila dengar berkaitan dengan Melayu ini, kita sebenarnya hebat tau. Banyak rupanya hasil penulisan Melayu tapi sejarah kita telah disorokkan oleh penjajah. 

Subhanallah! Hebat perancangan Allah. Kadang kebenaran boleh disorokkan tapi akan sampai satu masa ia akan terbongkar, dengan izin Allah jua.

Bila rasa down, rasa tak kuat, rasa give up, ingatlah yang kita ini sebenarnya hebat cuma kita belum cukup kuat berusaha untuk menjadi hebat. Insya Allah, hasil usaha kita dan dengan izin Allah, satu masa nanti kita akan jadi hebat dan berjaya juga. Yakinlah. Segala yang Allah rancangkan adalah yang terbaik buat kita.

Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, September 14, 2023

Anak bergaya di Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di sekolah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, seronok anak-anak minggu ini sebab minggu ini ada majlis penutup kemerdekaan setelah puas selama sebulan macam-macam aktiviti kemerdekaan yang telah dijalankan.

Hari ini kemuncak penutupnya, ada acara pakaian beragam. Macam-macam gaya tengok anak-anak bergaya, cantik cantik pulak tu. Tapi alamak, lupa betul nak ambil gambar mereka sebab khayal dengan kreativiti mak ayah dan anak-anak sendiri.

Selain daripada itu, lebih baik Umie minta izin daripada empunya badan dan ibu bapa mereka sebelum Umie upload dan post di internet demi menjaga privasi masing-masing. Almaklum, tak semua orang selesa didedahkan diri mereka di internet, termasuklah Umie sendiri. Hehe

Ada yang siap bertanjak bagai tinggal keris saja tak ada. Ada yang siap pakai baju ahli silat. Yang berselendang kain batik tak kurang juga ramai. Dan yang paling ramai semestinya berbaju berasaskan bendera Malaysia. Kreatif betul si tukang jahit dan mak ayah yang menggayakan anak-anak.

Alhamdulillah, anak-anak Umie simple saja, tak ada lah complicated sangat. Yang anak soleh Amir berbaju melayu warna bendera Malaysia siap bersongkok dan anak solehah Ain pula baju t-shirt lengan panjang dan seluar sukan tapi ikut tema warna bendera Malaysia.

Anak-anak kalian pun pakai pakaian cantik juga ke sekolah? Jom kongsikan kalau tak keberatan dengan Umie. Mana tahu tahun depan boleh Umie gayakan pada anak-anak Umie ke. Hehehe


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Tuesday, September 12, 2023

Vitamin wanita mengandung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Teringat masa mula-mula mengandung anak soleh, Amir. Semestinya excited sebab setelah menunggu hampir 2 tahun baru Allah rezekikan kami ada cahaya mata. Masa itu Umie masih bekerja lagi. Jadi setiap pagi sebelum sampai pejabat, Umie akan beli sekotak susu saiz besar dan akan habis sebelum tengahari, sebab fikir nak bekalkan kalsium untuk baby dalam kandungan. Bila ingat balik, Ya Allah, semangatnya sebab ada nak ada baby. Hahaha

Selepas itu, tengahari harus makan jambu batu. Boleh dikatakan hari-hari juga Umie makan jambu batu. Kadang minta tolong kawan belikan, kadang pergi beli sendiri walaupun tengah sarat waktu itu. Punyalah semangat sebab fikir jambu batu kaya dengan vitamin C yang bagus untuk Umie dan baby. Hehehe

Percaya tak yang masa Umie mengandung, Umie buat bacaan tentang kehamilan dan Umie ada baca tentang ADHD, Down Syndrome dan sebagainya, bukan minta ia terjadi dalam hidup Umie tapi sekadar persediaan andaikata Umie diuji dengan anak sedemikian.

Alhamdulillah, anak yang sulung sihat sejahtera dan normal seperti anak yang biasa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Ada satu website ni yang Umie selalu rujuk, iaitu babycenter.com. Banyak info yang boleh kita rujuk dekat situ. Antaranya keadaan baby dalam kandungan kita seperti saiz baby, rupabentuk baby dan pergerakan baby. Selain itu, ada juga artikel untuk wanita mengandung dan permasalahan yang selalu berbangkit.

Ketahuilah, bila seorang wanita mengandung, semestinya dia akan sayang sangat pada kandungan dia dan berusaha sebaiknya untuk berikan yang terbaik buat anak dalam kandungannya.

Disebabkan concern dengan keperluan wanita mengandung, pihak Shaklee memperkenalkan set wanita mengandung khas kali ini dengan kerjasama Embun fomulated by Tanamera.


Set ini terdiri daripada :
  • ESP : protein yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Vitalize : multivitamin dan zat besi untuk memenuhi keperluan nutrisi wanita mengandung dan mengurangkan risiko anemia sewaktu mengandung
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • B Complex : mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan tulang saraf bayi yang dikandung
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Ostenutrix : membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Smooth Tummy Oil (Embun formulated by Tanamera) : mengurangkan tanda regangan dan selulit yang dialami oleh wanita mengandung. Ini untuk disapu ya, bukan untuk diminum. 
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Relaxing Magnesium Oil (Embun formulated by Tanamera) : mencegah kekejangan otot terutama pada bahagian kaki yang selalu dialami oleh wanita mengandung. Ini pun untuk kegunaan luaran saja, sapu-sapu di kaki untuk melegakan kaki waktu malam.
http://mamapapaamir.blogspot.com

Dengan pembelian set wanita mengandung ini, kalian akan dapat kos penghantaran PERCUMA, keahlian Shaklee secara PERCUMA dan beg daun Shaklee pun dapat secara PERCUMA. Menarik dan berbaloi kan?

Yang nak dapatkan set ibu mengandung ini boleh klik link ini 👉  https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P858?sid=1265902

Yang nak tanya dulu dengan Umie boleh klik sini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Selamat menikmati saat-saat kehamilan yang sangat indah. Insya Allah.

Fi hifzillah. Barakallahu fiikum.

http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, September 04, 2023

Keperluan wanita mengandung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Seronok dengar ada sahabat-sahabat yang mula mengandung. Tak lama lagi akan berdebar menunggu detik kelahiran kesayangan. Tapi dalam menanti masa bayi dilahirkan, ada beberapa keperluan wanita mengandung yang perlu bukan saja wanita mengandung, suami dan ahli keluarga juga perlu juga cakna.

Di sini Umie nak kongsikan 3 keperluan utama wanita mengandung yang Umie rasa sangat penting, iaitu :

1. Nutrisi yang lengkap dan sihat

Bila wanita mula mengandung, keperluan nutrisi sangat penting demi memenuhi keperluan bayi yang dikandung dan juga ibu. Antaranya adalah B Complex, vitamin yang penting untuk pertumbuhan saraf tunjang bayi. Selain itu, kalsium juga amat perlu untuk bayi untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang yang sihat dan baik. Sebab itu wanita mengandung sangat digalakkan untuk minum susu. 

Selain vitamin, makanan yang sihat juga sangat perlu untuk bayi dan wanita mengandung sebab vitamin dan nutrisi yang wanita mengandung ambil, akan disalurkan kepada bayi. Jadi keperluan wanita mengandung adalah berganda berbanding wanita biasa.

2. Sokongan emosi dan moral

Perasan tak kadang ada sesetengah wanita mengandung akan sedikit emosi. Kadang ada yang tak boleh bau itu ini dan kadang teringin macam-macam. Seorang sahabat Umie pernah langsung tak boleh bau nasi sewaktu mengandung. Jadi terpaksalah sepanjang beliau mengandung, sama ada beli makanan di luar atau keluarga masakkan untuk dia. Yang penting jangan masak di rumah beliau sebab beliau memang tak boleh bau langsung.

Sewaktu Umie mengandung anak kedua, Umie tak ada alahan cuma Umie memang kurang makan. Makan hanya separuh saja, kalau lebih akan termuntah. Umie juga langsung tak boleh minum susu, akan termuntah balik. Alhamdulillah, Umie mengandung anak pertama Umie tak ada alahan langsung, semua boleh, cuma anak kedua saja ada masalah sikit.

Setiap anak ada pengalaman mengandung tersendiri. Beruntung pada mereka yang mengalami pengalaman mengandung yang sama. Jadi, suami dan keluarga perlu bantu berikan sokongan emosi dan moral pada wanita mengandung dalam proses mereka menghadapi keadaan diri mereka yang tidak stabil dan tidak menentu.

3. Pemeriksaan berkala

Pemeriksaan berkala memang sangat perlu untuk wanita mengandung, tidak kisah sama ada mengandung kali pertama atau tak sebab kadang-kadang kondisi anak berbeza-beza. Setiap kali pemeriksaan, memang akan ambil darah untuk periksa Hemoglobin ibu pada tahap terbaik atau kurang. 

Selain itu, berat ibu mengandung juga akan diambil. Bila masuk kandungan 6 bulan ke atas, barulah pemeriksaan bayi dengan lengkap meliputi panjang tulang tangan dan kaki, tulang muka, gelembung perut (stomach buble) termasuklah untuk tahu jantina anak yang dikandung. Yang ada budget lebih, akan buat scan 3D atau 4D untuk tahu jantina dan muka bayi yang dikandung.


Bila mengandung, memang seronok. Semua orang di sekeliling akan seronok dan tumpang gembira juga. Tapi kesihatan dan keselamatan diri juga sangat-sangat perlu di ambil berat. Di awal kandungan, digalakkan tidak terlalu lasak dan lakukan aktiviti ringan sebab dibimbangi kandungan belum kuat lagi.

Selain itu, banyakkan berdoa dan mohon pada Allah juga agar dimudahkan segala urusan sepanjang mengandung serta dikurniakan anak yang soleh solehah, penyejuk hati ibu dan ayah nanti.

Kepada yang sedang melalui proses mengandung, tahniah diucapkan. Selamat menikmati segala proses kehamilan dan semoga dimudahkan segala urusan berkaitan kehamilan. Insya Allah, aamiin.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: