AFB Feed

Thursday, September 01, 2016

September with New Chapter

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
 

Bulan September sudah tiba. Tinggal 3 bulan saja lagi untuk kita melangkah meninggalkan tahun ini, tahun 2016. Cepat betul masa berlalu kan. Selamat datang September.

Semalam meriah rasanya sambutan hari kemerdekaan kita. Ramai juga yang MPA tengok melalui TV berada di Dataran Merdeka untuk sambutan hari kemerdekaan. Dalam sibuk kita meraikan hari kemerdekaan negara kita, untuk pengetahuan semua, hari ini merupakan hari kemerdekaan untuk MPA juga. Merdeka apa je la MPA ni yer?


Alhamdulillah, mulai hari ini, 1 September 2016, MPA secara rasminya bergelar surirumah sepenuh masa. Maksudnya MPA dah tak bekerjaya lagi, sepenuh masa menjaga rumahtangga.

Sejujurnya, keputusan untuk berhenti kerja memakan masa yang lama untuk MPA muktamadkan. Bila hati berbolak-balik, ada saja yang Allah tunjukkan pada MPA tentang keputusan MPA. Alhamdulillah, MPA tekadkan hati demi anak-anak. Alhamdulillah juga, keputusan yang MPA ambil adalah yang terbaik buat keluarga kami sebab mak ayah MPA akan mengerjakan ibadah haji tahun ini. Mereka akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 3 September 2016, Sabtu malam Ahad ini. Jadi, sememangnya memerlukan MPA berhenti dan menjaga anak-anak MPA sendiri terutama Ain yang memerlukan perhatian yang lebih.

MPA akui perancangan Allah itu indah dan sememangnya Dia sebaik-baik perancang. MPA serahkan segalanya sekarang ini di tanganNya. Bila sudah terbiasa ada duit sendiri, memang agak rasa kekok juga sebab segala perbelanjaan perlu MPA teliti sebaiknya selepas ini. Jadi, buat masa sekarang, MPA merancang untuk jadi Work at Home Mom. Sambil jaga anak, sambil menjana pendapatan. Insya Allah, mudah-mudahan ada rezeki buat anak-anak MPA.

Nampak gayanya header blog ini nak kena tukar. Insya Allah, slowly MPA nak buat sendiri. Rasanya macam dah kekok pulak nak bukak balik Adobe Photoshop dan godek-godek coding. Insya Allah, boleh dengan bantuan rakan-rakan di luar sana yang sudi membuat tutorial yang berkaitan.

Walaupun jadi surirumah, jadual tetap kena ada. Almaklum, baru nak beradaptasi dengan kegiatan surirumah sepenuh masa. Tapi jadualnya masih tidak tetap, berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Walau apapun, MPA kena yakin dengan diri MPA yang MPA mampu lakukannya. Insya Allah.

Diharap sahabat-sahabat semua mendoakan segala yang terbaik buat diri MPA ya. MPA juga mendoakan segala yang terbaik hadir dalam hidup sahabat-sahabat MPA semua, insya Allah.

Wallahua'lam

2 comments:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab