Tuesday, September 30, 2014

Kelembapan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Harini disebabkan kelembapan internet, bertabah jela mama dapat up entry ni.
Nak bukak email pon, berpusing-pusing. Sempat pergi toilet buat apa yang patut, balik pon tak settle lagi. Bertabah jela ni.
Ditambah pula pc kawan mama ni meragam, tak bole start. Nak tau apa punca, pc mama di godek. Ini rupanya dalam pc kita...baru tau


Harap-harap cepatla settle. Huhu

Share:

Monday, September 29, 2014

Happy International Coffee Day!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Selamat Pagi

Belek-belek suratkhabar The Sun harini, front page lagi, ada iklan ni.

Jadinya, kepada peminat kopi, Selamat Hari Kopi Antarabangsa....^_^

Radio Era pon telah bertukar jadi WondaEraFM...


Disebabkan harini Hari Kopi Antarabangsa, ada beberapa offer untuk penggemar kopi harini saja. Antaranya :




Ni semua mama refer kat website Era.fm...Boleh refer SINI.

Selamat Ber'kopi'...(ada ke?...hihi) ^_^


Share:

Sunday, September 28, 2014

Aktiviti keluarga

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
It's wekend. Hari yang terbaik untuk meluangkan masa dengan keluarga.
 Apa planning sahabat-sahabat yer harini?
Ada yang dah gaji tu, bawa keluarga pergi berbelanja barang dapur kot, ataupun berjalan-jalan.
Yang belum tu, mungkin duduk rumah samada beraktiviti atau mengemas rumah.
Mama kat kampung Papa lagi. Petang sikit insya Allah baru gerak balik KL.

Pada yang mempunyai anak terutama anak kecil, mama nak kongsikan apa yang mama jumpa di Facebook :

Pada yang belum mempunyai rezeki anak ataupun belum berkeluarga, harap tak kecil hati ya. Mungkin bole ajak pasangan bagi yang dah berkahwin atau yang bujang ajak kawan-kawan, pergi taman, jalan-jalan & hirup udara segar.
Mama dulu masa bujang dengan kawan-kawan rajin ke taman sambil bawak roti. Untuk kasi ikan makan. Sambil-sambil tu, ambil gambar. Masa tu tak pandai selfie-selfie ni. Samada sorang jadi korban ambil gambar ataupun mintak tolong orang ambilkan. Hehe

Okla, cerita ke lain pulak. Hihi.

Just nak wish, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU semua!! ^_^

Share:

Saturday, September 27, 2014

Cerita Orang Sakit

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Cerita Orang Sakit


Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri kanan.


Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.


Dia mengangkat tangannya dengan susah payah & berkata: "United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."


Setelah itu dua-duanya pengsan karana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi.


Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi. 
 Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

"Birmingham..." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsor...". Pengsan lagi.


Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba untuk berbual. 
Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!" 


^_^
Share:

Friday, September 26, 2014

10 Hari Pertama Zulhijjah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Harini 1 Zulhijjah kan? Maksudnya tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Korban, hari kebesaran yang kedua selepas Hari Raya Puasa (jika mama silap, mohon ditegur dan diperbetulkan yer...)

Tadi ni mama ada jumpa sesuatu di Facebook yang mama suka nak kongsikan di sini :


Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah & tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir, berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda". 
(HR Al-Baihaqi)

Oleh itu, jom kita semua perbanyakkan amalan sementara masih diberi peluang.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Insya Allah.

SHARING IS CARING...^_^

Share:

A Box Full of Kisses

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Today, I want to share stories that I found at my old email. 
Hopefully, it can inspire us to more appreciate what we have today.

 A Box Full of Kisses

Source : Google

The story goes that some time ago, a man punished his 3-year-old daughter for wasting a roll of gold wrapping paper. Money was tight and he became infuriated when the child tried to decorate a box to put under the Christmas tree. Nevertheless, the little girl brought the gift to her father the next morning and said, "This is for you, Daddy."

The man was embarrassed by his earlier overreaction, but his anger flared again when he found out the box was empty. He yelled at her, stating, "Don't you know, when you give someone a present, there is supposed to be something inside?". The little girl looked up at him with tears in her eyes and cried, "Oh, Daddy, it's not empty at all. I blew kisses into the box. They're all for you, Daddy."

The father was crushed. He put his arms around his little girl, and he begged for her forgiveness.

Only a short time later, an accident took the life of the child. It is also told that her father kept that gold box by his bed for many years and, whenever he was discouraged, he would take out an imaginary kiss and remember the love of the child who had put it there.

In a very real sense, each one of us, as humans beings, have been given a gold container filled with unconditional love and kisses... from our children, family members, friends, and Allah. There is simply no other possession, anyone could hold, more precious than this.
SHARING IS CARING...^_^

Share:

Thursday, September 25, 2014

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 
Share:

Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Pentingnya Nombor Kecemasan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Ceritanya macamni :

Mama ada terima panggilan yang menyatakan ada seorang staf kat sini dalam keadaan kritikal, perlukan Ambulans. Sakit apa tu mama tak pasti tapi mama diminta untuk menghubungi Ambulans. Nasib baik sahabat mama ni ada buat senarai nombor kecemasan dan lekatkan di dinding berhampiran telefon. Senang nak dihubungi terutama apabila panik. Tapi yang mama paling ingat nombor 999.

Sumber : Google

Bila kita hubungi talian 999, kita akan bercakap dengan operator yang bertugas tentang jenis kecemasan dan lokasi. Kemudian, operator akan sambungkan kita kepada pihak yang bertanggungjawab. Macam kes mama tadi ni, operator sambungkan kepada hospital yang berdekatan yang menyediakan perkhidmatan ambulans.

Disebabkan diluar waktu puncak, ambulans ambil masa dalam 10minit juga baru sampai. Alhamdulillah berkat kerjasama semua, dalam 15minit, staf yang kurang sihat tersebut berjaya dibawa keluar dan menaiki ambulans.

Mama tak berjumpa dengan staf yang kurang sihat tersebut tetapi mama dikhabarkan staf tersebut seperti dalam keadaan strok sebab tangan dalam keadaan kejang. Walau apapun, harap staf tersebut dalam keadaan baik sahaja.

Penting kan nombor kecemasan ni? Bukan setakat 999 je, nombor lain seperti ahli keluarga terdekat terutama rakan sekerja kita pon kita mesti kena ambil rekod. Supaya bila ada kecemasan pada rakan sekerja kita, kita tahu siapa ahli keluarga terdekat yang boleh kita hubungi. Betul tak?

Kalau boleh, bukan setakat nombor 999 je kita tampal kat tempat umum, nombor telefon Polis, Bomba, Ambulans, Hospital berdekatan dan pihak berkuasa tempatan pon kita tampal. Bukan apa, senang bila kecemasan.

SEMOGA BERMANFAAT!! ^_^

Share: