Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Thursday, May 02, 2024

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-14

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-14 buat Umie dan En Suami Umie. Kira aci lah ya wish dekat diri sendiri. Hehehe 😁

Sebenarnya saja nak letak sini sebagai kenangan buat kami dan meninggalkan kisah serta cerita buat anak cucu kami andai satu hari nanti mereka terjumpa blog ini dan membacanya. Maka tahulah mereka bila Umie dan Ayah mereka disatukan, ataupun nenek dan atok mereka ini berkahwin. Hehe 😍

Perkenalan kami bermula daripada tempat kerja dan sememangnya Umie sendiri tak sangka berakhir dengan perkahwinan sebab jujur, masa kerja dulu, Umie sejenis agak tegas juga dan dalam masa yang sama, selalu juga bergaduh dengan En Suami Umie ni disebabkan hal kerja.

Adatlah perempuan, ada kuota perkataan yang perlu mereka habiskan dalam sehari, jadi bila ada sesuatu isu tercetus, berderet kosa kata yang keluar dari mulut, dalam erti kata lain, membebel. Hahaha

Pada masa itu memang tak fikir lain, cari rezeki untuk bantu mak abah sekolahkan adik-adik. Walaupun adik beradik Umie tak ramai, tapi kos sara hidup di bandar dengan adik-adik ada yang belajar di Universiti, sedikit sebanyak membebankan juga buat mak abah Umie. Ditambah lagi Umie ni anak yang sulung, semestinya tugas bantu ibubapa tu atas bahu Umie walaupun Umie ni anak perempuan.

Alhamdulillah, jodoh kami sampai agak lewat sebab kami berkahwin di penghujung umur 20-an. Sebenarnya seminggu sebelum hari pernikahan kami, nenek Umie meninggal dunia di kampung di Johor. Masa itu, memang sedih sangat sebab cadangnya pada hari nenek meninggal, nak ambil nenek di kampung dan bawa duduk dengan kami. 

Tak sangka masa itu kebetulan abah ada di kampung, abah yang menguruskan semuanya dan kami adik beradik bergegas balik ke kampung di Johor. Nak batalkan, semua benda dah diatur, tinggal tunggu hari majlis saja. 

Jadi, kami teruskan saja dengan seadanya dan majlis doa selamat dilakukan pada sebelah malam majlis pernikahan Umie dan Encik Suami Umie. Setiap tahun, Umie pasti akan ingat tarikh keramat nenek Umie meninggal dunia. 😭

Nak dijadikan cerita, pada hari pernikahan Umie, Umie demam panas sebenarnya. Bertabahlah masa itu dengan selsema, sakit tekak dan batuk segala bagai, tetap teruskan juga majlis. Allah uji sebab Allah sayang. Insya Allah.

Alhamdulillah, majlis nikah, doa selamat dan resepsi selesai dengan baik dan boleh dikatakan adik beradik mak abah Umie yang majoriti daripada Johor hadir pada hari tersebut. Alang-alang sampai Kuala Lumpur kata mereka, sakan juga mereka berjalan di KLCC dan kawasan yang sewaktu dengannya. Seronok mereka.

Alhamdulillah, syukur sepanjang perkahwinan ini, Allah amanahkan sepasang zuriat sebagai tanggungjawab yang perlu digalas. Memang seronok ada anak tapi jangan dilupa tanggungjawab pada anak-anak tersebut yang semestinya akan disoal kelak di akhirat sana.

Semestinya dalam 14 tahun kami melayari rumahtangga, ada masam, masin, pahit dan manisnya, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat kami lalui dan harungi dengan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan yang Allah hadirkan membantu.

Pengalaman 2 tahun sejak Umie mengandung anak solehah, iaitu anak kedua kami semestinya takkan kami lupakan. Bagaimana dalam masa 2 tahun tersebut, hospital menjadi rumah pertama kami. Setiap bulan ada sesi check-in yang paling sekejap 1 minggu dan paling lama 3 bulan. Alhamdulillah, merasa beraya di hospital dalam 2 tahun tersebut. Dalama masa 2 tahun ini juga, anak sulung kami harus belajar berdikari, tinggal dengan atok dan nenek sekejap, iaitu mak dan abah Umie bila adik dia dimasukkan ke hospital. Huhuhu

Terima kasih anak soleh Umie sebab memahami keadaan Umie dan Ayah waktu itu. Dan terima kasih juga buat anak solehah Umie sebab terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang Allah kurniakan di awal kelahiranmu dulu. 💖

Mohon sahabat semua doakan semoga perkahwinan kami diberkati dan dirahmati Allah. Mohon doakan juga agar kami dalam berhimpun di dalam syurga Allah tanpa hisab dan azan serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berkat serta tidak putus-putus hingga kami dapat menyumbangkan ia ke jalan Allah. Insya Allah, aamiin

Kami juga mendoakan yang sama buat sahabat semua dan semoga sahabat semua dimudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat. Insya Allah, aamiin.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, May 01, 2024

Selamat Hari Pekerja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat Hari Pekerja semua pekerja termasuklah suri rumah dan suri hati encik suami masing-masing. Macam lambat tapi insya Allah, masih belum terlambat lagi. 😉

Kalau dulu, ramai yang menyangka kerja suri rumah ini senang, banyak masa rehat dan boleh ber'me-time' selalu serta boleh buat hobi yang mereka suka. Begitulah yang Umie sendiri pernah terfikir.

Tapi hakikatnya, suri rumah adalah orang yang pertama sekali bangun sebelum seisi rumah bangun dan orang terakhir sekali akan tidur selepas seisi rumah tidur.

Dalam selang masa itu, macam-macam pekerjaan dalam rumah perlu diselesaikan daripada dalam rumah sehinggalah ke luar daripada rumah, untuk pastikan kebersihan dan keselesaan seisi rumah.

Kalau ada anak kecil, perlu pula uruskan anak kecil dan selalunya, segala kerja bersihkan atau kemaskan rumah akan diselesaikan sebelum anak kecil bangun atau sewaktu anak kecil tidur. Umie pernah laluinya, rasa macam nak kuasa superman yang super laju tu masa itu.  Ataupun nak tangan sotong supaya dapat buat banyak kerja dalam satu masa. Fuh! Hehehe

Alhamdulillah, sekarang ramai mula buka mata dan faham tugasan suri rumah selepas ramai yang memilih mahupun cuba menjadi suri rumah untuk seketika sebelum memulakan kerja di luar rumah semula, terutama sewaktu zaman PKP Covid-19 suatu masa dulu yang memaksa semua berada di rumah dan bekerja dari rumah.

Mula dulu Umie jadi suri rumah, Umie sendiri pun letih, rasa macam tak cukup buat, tak sempurna dan stress sendiri. Namun setelah beberapa ketika, buat beberapa perubahan dan menerima kekurangan serta ketidaksempurnaan, Alhamdulillah, sekarang baru dapat adapt sepenuhnya. 

Bila uruskan rumah dan anak termasuklah uruskan hantar dan pergi sekolah, kadang terasa tak ada masa untuk diri sendiri mahupun untuk bersosial dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, dengan pelbagai sosial media sekarang, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan walaupun secara alamaya. Cuma perlu betul-betul pilih circle yang sesuai dengan diri dan keadaan.

Sebab ada juga circle atau perkongsian yang boleh buat para surirumah ini rasa rendah diri dan tak bersyukur. Jadi, memang kena sangat pilih perkongsian yang membina diri dan elakkan perkongsian yang menyebabkan kita rasa stress sendiri dan rasa rendah diri.

Selain itu, kadang Umie sendiri leka juga dengan media sosial ini, sampaikan ada beberapa kerja yang Umie sendiri kurang gemar seperti lipat kain baju dan sebagainya terabai atau tertangguh. Jadi, perlu sangat hadkan masa bersama sosial media dan setkan masa untuk berada dalam sosial media. Insya Allah, ini yang sedang Umie usahakan. Doakan ya supaya Umie dapat bertahan. Fuh!

Senang cerita, ia lebih kepada pengurusan masa sendiri. Ada yang suka dengan sistem to-do list, ada yang suka dengan sistem block time, dan macam-macam lagi sistem pengurusan masa. Yang penting letak yang mana paling penting sekali di dahulukan.

Umie sendiri suka sistem to-do list sebab boleh selesaikan tugasan ikut masa kita, yang penting dapat selesai pada hari tersebut. Umie pernah cuba sistem block time, jadi stress sendiri bila Umie tak dapat laksanakan tugasan pada masa tersebut ataupun tugasan tersebut drag masa Umie untuk laksanakan tugasan lain. Lain orang lain caranya. Jadi, ikutlah keadaan diri masa kalian ya.

Ya, suri rumah juga perlu dihargai dan andai dapat encik suami yang amat memahami dan membantu dalam tugasan, semestinya ia satu bonus besar. Alhamdulillah, encik suami Umie amat memahami dan membantu kerja rumah. Selalunya dia yang uruskan pokok bunga di rumah kami, tugas Umie hanya siram pokok bunga setiap hari serta letak baja bila perlu. Sebab encik suami Umie minat alam semulajadi dan Umie pula just ok saja dengan alam semulajadi ni. Hehe

Ada yang encik suami belanjakan pergi spa buat isteri atau berikan sejumlah wang pada isteri untuk shopping barang peribadi sendiri. Ada juga yang cutikan isteri pada hujung minggu supaya isteri dapat berehat secukupnya. Rezeki masing-masing. Jadi ikatlah nikmat tersebut dengan selalu bersyukur. Sebab hakikatnya ramai yang cemburu dengan keadaan kita dan nak berada di tempat kita tanpa kita sedari.

Walau apa jua pekerjaan pun, lakukanlah dengan ikhlas dan terbaik serta niat untuk mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala penat lelah kita dalam pekerjaan kita dan mengurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah serta tidak putus-putus. Insya Allah.

SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA! 😊

Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Tuesday, April 23, 2024

Tahniah buat semua calon UPKK 2023/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com
Alhamdulillah. Seronok tengok media sosial minggu lepas, ramai yang update kejayaan anak-anak masing-masing peroleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan UPKK yang lepas. Tahniah buat semua calon UPKK 2023/2024.

Kepada yang kurang bernasib baik kali ini, usaha lagi untuk kejayaan masa depan. Insya Allah, ini cuma permulaan perjalanan yang masih panjang lagi. Biiznillah, kejayaan tetap akan muncul satu hari nanti. Insya Allah

Alhamdulillah, anak soleh Umie juga salah seorang calon UPKK 2023/2024 yang lepas. Masa hari keluar keputusan sebelum Amir sendiri yang tengok keputusan dia dulu, Umie tanya Amir :

Umie : Amir target dapat berapa dalam periksa UPKK?
Amir : 7A kot Umie, sebab Bahasa Arab tak berapa yakin dapat A.
Umie : Kalau dapat 8A atau 7A macam target Amir?
Amir : Alhamdulillah
Umie : Tapi kalau dapat 6A atau kurang lagi macamana?
Amir : hmmmmm....

Umie pun cakaplah, kena cakap Alhamdulillah juga sebab Amir kan dah usaha sehabis baik. Ustazah Ustaz pun dah buat macam-macam masa nak ambil periksa tu. Tapi Allah kata nanti dulu, belum lagi, jadi kena ucap syukur juga.

Kecewa memang akan rasa juga sikit, tipulah tak kecewa. Tapi tetap baik sangka pada Allah sebab agaknya Allah nak elak kita daripada timbul riak, ujub, takkabbur di masa akan datang. Insya Allah, usaha dan cuba lagi tahun ini untuk PSRA pula.

Bila periksa keputusan, benarlah, Amir hanya dapat 6A sahaja tapi Alhamdulillah, nampak dia cepat move on, boleh senyum dan bergurau dengan adik dia, walaupun kena tazkirah dulu sikit kejap. Hehehe

Satu perkara yang Umie perasan tentang Amir, dia seorang yang meluahkan apa yang dia rasa dalam lukisan sejak dia kecil lagi dan lepas kejadian dia dapat keputusan tu, dia banyak melukis. Umie biarkan saja sambil itu galakkan dia jangan putus asa sebab Umie sendiri pun pernah alami kekecewaan dalam keputusan peperiksaan.

Umie dulu pernah berada di kelas pertengahan, kelas depan sekali dan berakhir dengan kelas belakang sekali. Almaklum dulu-dulu kan stail exam oriented. Jadi, Alhamdulillah, rezeki ada kenalan dan kawan dari kelas depan sekali (kelas budak pandai) sampailah kelas belakang sekali (orang labelkan sebagai kelas budak nakal).

Sebenarnya kelas budak pandai atau budak nakal tak ada beza pun sebab kelas budak pandai ada saja budak nakal yang cikgu masuk kelas, dia keluar ikut pintu belakang. Dan kelas budak nakal pun ada yang buktikan mereka boleh cemerlang macam sama level dengan budak pandai. Ini yang Umie sendiri nampak dan alami.

Cuma bila berada di kelas budak pandai, kena kuat semangat untuk bertanding dan berlawan sesama rakan dan bila di kelas budak nakal, kena kuat semangat untuk belajar dan bantu kawan-kawan yang lain.

Walau apa pun, ini merupakan permulaan. Ada banyak lagi ujian mahupun peperiksaan yang akan di hadapi kelak. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Mana yang kurang, usahakan lebih untuk kejayaan lebih cemerlang. 

Selalu selitkan dalam fikiran bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Setelah segala usaha telah dilakukan tapi keputusan masih kurang memberansangkan, Allah belum izinkan ia berlaku sebab ada yang terbaik sedang menunggu kita. Teruskan bersangka baik pada Allah dan teruskan berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh.

Insya Allah, kejayaan akan menjadi milik kita satu masa nanti, jika tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak. Siapa tahu kan?


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Saturday, February 10, 2024

Selamat Tahun Baru Cina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Facebook Lab Prompter Malaysia

nónglì xīnnián kuàilè
农历 新年 快乐
Happy Lunar New Year
Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan limau mandarin. Banyak ke kalian dapat limau mandarin tahun ini?

Teringat Umie dulu pernah bekerja dengan syarikat Cina. Bila dekat dengan musim Tahun Baru Cina, memang sibuk sikit nak uruskan pembukaan syarikat. Tradisi masyarakat Cina, pada hari pertama pembukaan syarikat mereka di tahun baru, bos besar yang akan buka syarikat dan selalunya ada aktiviti jamuan makan dan tarian naga.

Semestinya dalam jamuan makan, ada disediakan yeesang, makanan tradisi masyarakat Cina. Bos dan pekerja akan saling menggaul yeesang tadi dan makan bersama-sama. Yeesang yang bos Umie selalu tempah terdiri daripada sayur-sayuran saja cuma jujur, Umie kurang minat dengan yeesang ini. Huhu

Untuk seronok-seronok, kadang-kadang ada kawan-kawan sekerja Umie bawa anak-anak mereka. Beruntung sangat mereka dapat duit raya, termasuklah yang masih bujang lagi. Yang jadi mak ayah ini, mampu melihat saja sebab bagi masyarakat Cina, selagi belum berkahwin, masih boleh dapat angpow. Best kan?

Tapi bila bermulanya tarian naga dalam pejabat, ada sebahagian anak-anak yang akan menjerit menangis sebab takut. Dengan bunyi yang agak kuat juga dan naga yang bergerak-gerak, memang agak menakutkan anak-anak. Jadi kami akan bawa anak-anak jauh sikit daripada pejabat supaya anak-anak boleh bertenang. Hehe

Semestinya, selain yeesang, limau mandarin menjadi tumpuan ramai sebab selalunya setahun sekali saja akan jumpa limau mandarin ini, selain dengan pelbagai saiz. Yang menariknya, selalu pihak pembekal akan hantar sekotak dua pada kami. Tapi bila banyak sangat yang bagi, kembung perut juga makan limau mandarin hari-hari. Hahahaha

Seronok bila kita banyak bergaul dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Banyak boleh belajar antara sesama kita. Sedikit sebanyak kita faham dan hormat di antara satu sama lain. Sebab itulah kita boleh berdamai dan duduk bersama-sama tanpa berbalah walaupun berlainan kaum, etnik, bangsa dan kaum. Semoga nikmat kemakmuran dan perpaduan yang wujud ini berkekalan hingga ke anak cucu cicit kami. Insya Allah

Fi amanillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, February 01, 2024

Selamat menjalankan tugas buat DYMM Agong yang baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

Sumber : MBJB

Alhamdulillah ala kulli haal. Bulan baru, semangat baru dan pelbagai perancangan baru. Tak lupa, di bulan baru ini, rakyat Malaysia menerima DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang baru yang merupakan Sultan Johor. Tahniah dan selamat menjalankan tugas buat DYMM Agong yang baru.

Semangat melihat upacara keberangkatan balik Sultan Pahang (Yang Di Pertuan Agong yang lama) dan keberangkatan tiba Sultan Johor (Yang Di Pertuan Agong yang baru) di televisyen dua hari berturut yang lepas. Sebak, hiba, sayu, bangga, semua bersilih rasa.

Walaupun Umie ini dibesarkan dan menetap di Selangor, hakikatnya lahir di Johor dan pernah belajar di Johor serta nombor kad pengenalan bernombor Johor ya, 01. Hehehe

Sebenarnya Umie dan keluarga saja yang berada di Selangor semenjak Umie kecil lagi. Saudara mara pernah juga menetap di Selangor atau Kuala Lumpur atau negeri yang lain, tapi akhirnya masing-masing kembali ke Johor semula.

Jadi, boleh dikatakan saudara mara Umie memang majoriti di Johor dan istilah balik kampung bagi mak abah Umie adalah kembali ke Johor.

Umie pernah belajar di Muar dan semestinya setiap kali keluar ke bandar, memang akan bungkus mee bandung Muar yang dulu kedainya berada bersebelahan Sungai Muar di Bandar Muar nun. Kadang-kadang kirim ke kawan-kawan kalau ada yang keluar. Mungkin kedainya masih ada lagi dan makin cantik serta bersih sekarang. Lama betul tak ke Muar. Kalian yang tahu berkembangan di Muar, jom kongsikan dengan Umie. Huhu

Kemudian Umie sambung belajar di bandar Johor Bahru. Masa ini merasalah sampai ke Plaza Angkasa, Bandar Johor Bahru dan paling dekat pun Skudai Parade. Selalunya masa duit pinjaman baru masuk, kami akan ke bandar untuk beli barang keperluan untuk satu semester. Kena beringat dan berjimat sebab banyak lagi nak guna.

Disebabkan rumah arwah atok dan nenek ada di Pontian, jadi kadang terasa nak balik kampung, Umie akan balik ikut jalan belakang iaitu melalui Pekan Nenas dan sebagainya menggunakan bas sambung-sambung. Almaklum, nak berjimat cermat. Bila ingat balik, gigih betul nak balik kampung masa itu. Agaknya kalau sekarang ini nak naik bas sambung-sambung, berkemungkinan boleh sesat. Hehehe

Itupun kalau ada makcik pakcik nak balik kampung, minta tolong mereka ambilkan di asrama dan balik dengan mereka. Tapi jarang berlaku sebab Umie suka gerak sendiri. Konon nak timbang pengalaman. Hehehe

Sudah lama rasanya tak balik ke Johor semenjak berkhawin sekarang. Macam Kuala Lumpur, semestinya jalan-jalan di Johor juga mengalami perubahan terutama di kawasan-kawasan bandar. Ditambah dengan adanya lebuhraya baharu, Umie percaya berkemungkinan besar Umie perlukan bantuan En Google untuk tunjuk arah jalan dan kebarangkalian untuk sesat memang tinggi. Hahahaha

Insya Allah, ada rezeki dan peluang, Umie akan balik juga ke Johor sebab bagi Umie, walau jauh mana Umie berada, bila berada di Johor hanya sekejap, semacam satu kenikmatan dan kepuasan yang tak boleh nak digambarkan. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

Walaupun balik bukan untuk menetap, sekurangnya kenal dan tahu tempat asal lagi dikenang. Insya Allah. Kalian doakan ya.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, January 12, 2024

Selamat Tahun Baru 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah ala kulli haal. Tahun baru, azam baru, semangat baru. Macam-macam yang dirancang di tahun baru ini. Semoga tercapai segala yang dihajat untuk tahun baru ini. Insya Allah. Harap belum terlambat lagi untuk Umie ucapkan Selamat Tahun Baru 2024 buat semua ya.

Untuk Umie, di awal tahun baru ini, keluarga Umie dan keluarga En Suami Umie diuji dengan kehilangan. 

Keluarga Umie kehilangan pakcik (abang ipar abah Umie) di Johor pada 2hb. Manakala keluarga En Suami Umie kehilangan adik ipar En Suami (biras Umie) di Selangor pada 4hb.

Allahu. Rasa macam terlalu cepat terjadi sebab baru saja pertengahan tahun lepas kami bersua muka dengan mereka. Mulanya rasa susah juga nak hadam sebab mereka orang-orang yang rapat dengan kami tapi terpaksa redha sebab masa mereka sudah tiba.

Masa kita? Insya Allah, satu hari nanti tapi sudah cukupkah bekalan kita?

Sungguh, kematian memang satu peringatan dan pengajaran yang sangat patut kita ambil perhatian dan iktibar. Bukan sekadar meratapi dan menangisi yang telah pergi.

Semoga dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan, keredhaan dan ketenangan buat sepupu Umie dan adik ipar Umie serta keluarga mereka atas kehilangan yang dirasai. Insya Allah.

Mereka sungguh kuat, sebab itu Allah uji sedemikian. Umie tak cukup kuat untuk diuji sedemikian. Semoga syurga tanpa hisab dan azab buat mereka. Insya Allah.

Minta maaf di awal tahun Umie ceritakan tentang perkara kematian. Ada masa perlu juga diperingatkan dengan satu perkara yang paling dekat dengan kita ini.

Semoga apabila 'masa' kita sampai nanti, Allah redha dengan kita. Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Sunday, October 22, 2023

Bersyukurlah dengan keadaan kita di sini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad
http://mamapapaamir.blogspot.com


"Umie, Ustaz dekat sekolah kirim salam," anak soleh Umie tiba-tiba sampaikan masa balik dari sekolah.

Bila tanya nama Ustaz apa, jenuh juga fikir sebab nama Ustaz yang kirim salam itu tak ada dalam senarai kawan-kawan sekolah atau masa belajar. Tapi mana Ustaz tahu pasal Umie pula. Pelik bin ajaib!

Tanya punya tanya, rupanya Ustaz sekolah kirim salam pada semua ibu bapa dan mohon ibu bapa mendoakan saudara seIslam yang sedang berjuang sekarang ini. Allahuakbar! Terima kasih Ustaz sebab berkongsi dengan anak-anak tentang saudara di sana.

Jadi, Umie pun ambil kesempatan tunjukkan pada anak soleh dan anak solehah Umie tentang apa yang sedang berlaku di sana. Umie pun terangkan juga sikit-sikit tentang apa yang berlaku dan sejarah yang berkaitan. (Walhal dulu subjek Sejarah paling tak minat langsung. Baru tengok buku teks Sejarah, mula menguap mengantuk. Hahaha)

Selain itu, Umie juga nak ajar anak-anak selalu bersyukur dengan keadaan kita di sini. Walau kita susah macam mana sekalipun, Alhamdulillah masih ada elektrik untuk buat macam-macam aktiviti, air untuk diminum dan rumah untuk berteduh. Tapi mereka, saudara kita di sana, masih belum tahu lagi untung nasib sekejap lagi. Adakah masih bernafas lagi atau sudah syahid sebab sekarang, hospital dan rumah ibadah pun jadi sasaran. Apatah lagi rumah.

Jujur, sejak terjadi peristiwa tersebut, boleh dikatakan Umie hari-hari menangis. Menangis mengagumi betapa kuatnya mental mereka dan betapa tingginya tawakal mereka pada Allah. 😭

Ahli keluarga ramai yang meninggal dunia, masih mampu memberikan kata-kata semangat dan tersenyum.

Rumah musnah dan kekurangan kemudahan, masih mampu ucapkan Alhamdulillah. Allahu!😭

Yang paling terkesan dan menyayat hati bila nampak anak-anak kecil sama ada yang terkorban atau yang masih terselamat. 😭

Umie terfikir macam mana kalau jadi pada anak sendiri atau berlaku di tanah air sendiri, mampu dan bersediakah kita?

Benar, Allah uji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Ada sesetengah sahabat Umie tak mampu nak tengok hantaran tersebut. Ada yang mula tak lalu makan dan mula tak boleh tidur malam sebab teringat-ingat hingga ada yang termimpi. Mana yang ada anxiety atau depression, memang terpaksa mengelak daripada melihat hantaran tersebut.

Sebab itu agaknya Allah tak beri ujian tersebut pada kita di sini sebab kita memang tak mampu. Tapi Allah beri kita ujian dalam bentuk lain, yang tak kurang beratnya juga.

Perasan atau tak, kita selesa sangat sekarang. Keadaan negara kita aman damai. Tapi dalam keadaan terlalu selesa sekarang, kita selalu leka dan lalai dalam ingat pada Allah. Senang cerita kita sedang dalam fasa ujian senang. Lagi berat nak ingat pada Allah selalu. Allahu! 😭

Tapi bila Allah bagi ujian kesusahan, insya Allah, cepat kita ingat pada Allah. Bersungguh kita berdoa dan bermunajat pada Allah. Bersungguh kita minta dalam keadaan menangis-nangis. Allahu! Lemahnya kita ni. 😭

Untuk berada di sana, kita tak mampu. Tapi kita mampu menghulurkan bantuan dalam banyak bentuk yang lain. Seperti menghulurkan bantuan kewangan, mendoakan bersungguh-sungguh buat mereka di sana, bersolidariti dan berkongsi banyak tentang mereka di media sosial.

Semoga Allah mengangkat doa kita untuk mereka. Dan apa yang kita doakan untuk mereka, akan berbalik juga kepada kita juga. Insya Allah. Untung kan?

Selalulah selitkan doa buat mereka dalam apa-apa jua masa yang kita ada.

Semoga Allah membantu mereka sebagaimana Allah membantu Ahli Badar sewaktu perang Badar.

Dan semoga Allah menggagalkan rancangan pihak musuh sebagaimana Allah menggagalkan rancangan tentera Abrahah sewaktu hendak merobohkan Kaabah.

insya Allah, aamiin Ya Rabbal Alaamiin. 


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, October 09, 2023

Kenapa saya memilih vitamin Shaklee?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
Allahumma Solli Ala Muhammad

https://mamapapaamir.blogspot.com/

Kalau ikutkan dekat pasaran memang banyak vitamin, lagi-lagi kalau kita masuk farmasi, ada macam-macam jenis dan macam-macam jenama. Tapi vitamin Shaklee pilihan Umie. Ada yang nak tau kenapa?

Sebenarnya ada banyak sebab. Cukuplah Umie bagi 3 sebab saja dulu, boleh?

Sebab pertama :

http://mamapapaamir.blogspot.com

Tahukah kalian yang syarikat Shaklee sudah beroperasi lebih daripada 100 tahun? Lama kan? Kira bukan syarikat biasa-biasa kalau mampu bertahan lama macam ini. Kita sebagai manusia pun tak ramai yang berusia lebih daripada 100 tahun. Dan bila ada yang temuramah manusia yang hidup lama, antara yang mereka kongsikan adalah mereka makan makanan semulajadi yang kaya dengan nutrien. Pendek kata, mereka tidak ambil makanan yang diproses. 

Umie bukan nak hidup sampai 100 tahun lebih, tapi cukuplah sihat mental dan fizikal supaya bila berusia nanti, tidak menyusahkan anak-anak menguruskan. Umie suka tengok Tun Dr Mahathir yang masih kuat lagi sampai sekarang walaupun umur beliau telah mencecah 90 tahun lebih. Beliau masih boleh ke sana sini dan aktif, walaupun tidak secergas dulu. Kagum betul!

Sebab kedua :

http://mamapapaamir.blogspot.com

Shaklee ada buat kajian landmark selama 10 tahun, membandingkan pengguna vitamin Shaklee dengan mereka yang tak ambil vitamin Shaklee. Kalau kalian rajin nak baca kajian landmark tersebut, kalian boleh klik SINI.

Kajian tersebut menunjukkan mereka yang mengambil vitamin Shaklee mempunyai tanda biologi yang lebih sihat dan paras nutrien yang tinggi dalam darah. Selain itu, kajian juga mendapati mereka yang mengambil vitamin Shaklee kurang mengambil ubat berbanding yang tidak mengambil vitamin Shaklee dalam kalangan mereka yang berumur 72 tahun.

Jadi, ini menandakan, mereka yang mengambil vitamin Shaklee berada dalam keadaan lebih sihat. Siapa yang tak nak sihat kan? Semua orang nak sihat sejahtera selalu, sebab bila sihat, macam-macam perkara boleh kita buat terutama mereka yang perlu menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Tak terkecuali Umie sendiri, nak sihat sejahtera selalu.

Sebab ketiga :

http://mamapapaamir.blogspot.com
Kajian telomere oleh Dr Elizabeth Blackburn, Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan, menunjukkan kadar pemendekkan telomere menurun sebanyak 40% bagi pengguna vitamin Shaklee di kalangan dewasa. 

Telomere ini adalah salah satu komponen dalam DNA kita. Bila telomere semakin pendek, keupayaan badan semakin kurang dan macam-macam penyakit boleh jadi pada badan kita. Ini bermaksud, bila telomere panjang, badan kita dalam keadaan yang sihat.

Kalian yang minat nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku telomere di sebelah ini. Ada diterangkan secara lengkap apa itu telomere semua.


Sihat itu amat berharga kalian. Sebab bila kita mula sakit, kita akan minta untuk sembuh, betul kan? Dan pada masa itu, macam-macam kita sanggup buat dan laburkan untuk dapat balik kesihatan. 

Jadi, jaga kesihatan kalian baik-baik ya. Nak dapatkan vitamin Shaklee, boleh mesej Umie di sini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Nak dapatkan lagi informasi tentang shaklee, boleh klik sini 👉 https://www.shaklee.com.my/

Mari Umie belanja kalian video tentang Shaklee. Feel free to contact me ya. 😉



Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, October 02, 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Tadi panas terik betul. Tiba-tiba sekarang hujan lebat. Alhamdulillah, anak-anak sudah berada di sekolah sebelum hujan turun tadi. 

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, Umie memang mestikan anak-anak ambil Vitamin C setiap hari sebab tahu anak-anak memang tak cukup ambil Vitamin C setiap hari. 

Untuk anak soleh, memang Umie bagi Vitamin C Shaklee setiap pagi sebelum dia bersarapan. Sebab Vitamin C Shaklee ini lembut, boleh diterima perut walaupun perut kosong dan tak menyebabkan gastrik.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Selain itu, Vitamin C Shaklee ada sistem perlepasan berperingkat. Maksudnya dalam satu tablet Vitamin C Shaklee ada 500mg Vitamin C. Vitamin C Shaklee akan dilepaskan sikit-sikit, bukan sekaligus dalam badan kita. Jadi, tidaklah ia membazir dan terbuang melalui air kencing kita.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Tujuan utama Umie mestikan diri dan anak-anak ambil Vitamin C adalah untuk kuatkan imun badan anak-anak. Boleh tahan panjang juga senarai nama anak-anak yang tak dapat ke sekolah setiap hari disebabkan kurang sihat. Risau juga bila anak kerap sangat tak ke sekolah disebabkan kurang sihat. Bimbang mereka ketinggalan pelajaran. Lagi satu, kesian pulak bila paksa mereka makan ubat yang kurang sedap. Umie sendiri pun bergelen air minum bila makan ubat. Huhuhu

http://mamapapaamir.blogspot.com

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati kan? Jadi, inilah salah satu usaha Umie untuk anak-anak Umie. Tapi kalau diizankan Allah untuk sakit, insya Allah, adalah sesuatu yang terbaik sedang Allah sediakan. 

Selain kuatkan imun badan, Vitamin C juga dikatakan sebagai vitamin kulit cantik juga sebab Vitamin C membantu menguatkan kolagen dalam badan. Untung pada mereka yang ambil Vitamin C, banyak kebaikan yang dapat. 

Jadi, kalian yang nak dapatkan Vitamin C yang berkualiti dan lembut dengan perut, boleh klik link ini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Kalau kalian nak beli terus daripada Shaklee, boleh tekan sini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/10104?sid=1265902

Selamat menjaga kesihatan semua. Badan sihat, mudah ibadah. Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, September 20, 2023

Belajar Tadabbur Quran : Surah Al Asr (Ayat 1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Hari itu dengan izin daripada Allah dan mungkin juga teguran dan peringatan daripada Allah, masa tengah scroll Instagram, lalu satu posting dari akaun Instagram yang Umie sendiri tak perasan bila masa Umie follow akaun ini. Posting itu mengajak muslimah untuk join dan sama-sama belajar Quran Journaling, Asmaul Husna Journaling, Doa Journaling dan Gratitude Journaling.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Umie untuk sertai walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu Indonesia sebab pemilik akaun instagram itu adalah daripada Indonesia. Pembelajaran semua dalam Whatsapp dan digalakkan untuk hantar tugasan.

Alhamdulillah. Banyak yang Umie sendiri belajar dalam masa seminggu saja bagaimana nak buat journaling semua itu. Umie minat dengan teknik journaling tapi tak tahu macam mana nak mula dan apa perkara yang perlu dijournalkan. Jadi, bila ada buka offer macam ini, mestilah tak lepas peluang.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Sebenarnya, Umie suka dengan akaun Instagram Nota Nadia. Banyak Puan Nadia kongsikan tentang tadabbur Quran menggunakan poster yang comel-comel. Mungkin sesetengah nampak macam kebudakan, tapi bagi Umie nampak menarik perhatian. Dan Umie terinspirasi dengan beliau dan sekarang sedang berusaha nak berkongsi macam beliau.

Untuk permulaan, Umie mulakan dengan Tadabbur Quran iaitu Surah Al-Asr. Kenapa Umie pilih surah Al-Asr?

Sebab surah ini pendek dan untuk elakkan Umie cepat jemu mahupun give up. Insya Allah, slowly Umie upgrade ke Surah Al-Baqarah. Buat masa ini, Umie fokus pada surah-surah pendek dulu ya. Doakan Umie istiqamah dan tak give up buat Quran Journaling ya kalian. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian. Insya Allah, aamiin.😉

Untuk Quran Journaling Surah Al-Asr ini, Umie rujuk kuliah daripada Ustaz Syahmi Syazeril Azmi daripada rancangan Assalamualaikum TvAlhijrah. Ini video beliau kalau kalian pun merancang nak tadabbur surah yang sama : 


Untuk kuliah ini, Ustaz hanya sempat kupas ayat pertama daripada Surah Al-Asr iaitu وَٱلۡعَصۡرِ. Baru ayat pertama yang pendek tapi kupasannya panjang dan puas hati. Cuba tengok nota tulisan tangan Umie ni. Kalian faham ke? Hehehe

http://mamapapaamir.blogspot.com

Maksud ayat pertama Surah Al Asr ini ialah "Demi masa." Ia bermaksud Allah bersumpah dengan masa dan ketahuilah, masa adalah makhluk Allah juga. Bila baca tafsir ayat seterusnya, ia bermaksud manusia dalam kerugian.

Kenapa dengan demi masa manusia dalam kerugian pula?

Menurut kata Ustaz, kita dalam kerugian sebab tak gunakan masa dengan sebaiknya dan sehabis baik sebagaimana ada pepatah yang berbunyi, gagal merancang sama dengan merancang untuk gagal.

Selain itu, kita juga belajar macam-macam teknik tentang pengurusan masa seperti time block, pamodoro dan banyak lagi tapi alangkah ruginya bila kita rasa masa ini kita yang punya dan tak minta Allah bantu kita menguruskannya. Allahu 😭

Dalam kita sibuk merancang mahupun melaksanakan perancangan kita, selalu ingat yang Allah sentiasa ada di atas perancangan kita dan ada takdir Allah di atas semuanya.  Sebagaimana kata-kata yang menyatakan "Doa dan usaha adalah urusan kita, hasilnya biarlah Allah yang tentukan."

Andai Allah kurniakan hasil yang baik, Alhamdulillah, syukur.
Andai Allah kurniakan hasil bukan jangkaan kita, Alhamdulillah dan bersabar. 

Insya Allah, satu hari nanti Allah akan kurniakan juga andai kita berusaha bersungguh dan selitkan Allah juga dalam aktiviti kita. Just enjoy the process tapi yang terlebih enjoy pula sampai leka.

Begitulah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, September 18, 2023

Tamadun Melayu dan Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian rajin belek Youtube? Kalian ada perasan atau pernah tengok video daripada Prof Dr Solehah Yaacob?

Sebenarnya Umie suka dengan kuliah Ustaz Amin Abdullah sebab Ustaz Amin suka cerita kisah-kisah sejarah. Kebetulan lalu lintas video Prof Dr Solehah Yaacob dengan tajuk yang menarik iaitu berkaitan Tanah Melayu. Ini salah satu video Prof Dr Solehah Yaacob bertajuk Tamadun Melayu dan Islam.

https://youtu.be/gtR82M7ncz4?si=Ls6jfw57XD94KB82

Satu masa dulu, subjek Sejarah la yang paling Umie tak suka sebab Umie tak suka nak hafal-hafal ni, lebih suka kepada kira-kira. Sampaikan tahap baru tengok buku teks Sejarah, mula menguap. Bila buka muka surat pertama, apa lagi, tersengguk-sengguk dibuatnya. Sampai cikgu Sejarah suruh anggap buku teks Sejarah itu sebagai buku novel yang best-best, tapi ia kurang berjaya. Maafkan kami cikgu. Huhuhu

Tapi bila dah makin meningkat umur sekarang ini, minat pula dengan Sejarah. Lagi-lagi bila Ustaz Amin bercerita. Bila terjebak dengan Prof Dr Solehah Yaacob, makin jatuh cinta dengan Sejarah. Hehehe

Bila dengar berkaitan dengan Melayu ini, kita sebenarnya hebat tau. Banyak rupanya hasil penulisan Melayu tapi sejarah kita telah disorokkan oleh penjajah. 

Subhanallah! Hebat perancangan Allah. Kadang kebenaran boleh disorokkan tapi akan sampai satu masa ia akan terbongkar, dengan izin Allah jua.

Bila rasa down, rasa tak kuat, rasa give up, ingatlah yang kita ini sebenarnya hebat cuma kita belum cukup kuat berusaha untuk menjadi hebat. Insya Allah, hasil usaha kita dan dengan izin Allah, satu masa nanti kita akan jadi hebat dan berjaya juga. Yakinlah. Segala yang Allah rancangkan adalah yang terbaik buat kita.

Insya Allah.


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, September 14, 2023

Anak bergaya di Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di sekolah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, seronok anak-anak minggu ini sebab minggu ini ada majlis penutup kemerdekaan setelah puas selama sebulan macam-macam aktiviti kemerdekaan yang telah dijalankan.

Hari ini kemuncak penutupnya, ada acara pakaian beragam. Macam-macam gaya tengok anak-anak bergaya, cantik cantik pulak tu. Tapi alamak, lupa betul nak ambil gambar mereka sebab khayal dengan kreativiti mak ayah dan anak-anak sendiri.

Selain daripada itu, lebih baik Umie minta izin daripada empunya badan dan ibu bapa mereka sebelum Umie upload dan post di internet demi menjaga privasi masing-masing. Almaklum, tak semua orang selesa didedahkan diri mereka di internet, termasuklah Umie sendiri. Hehe

Ada yang siap bertanjak bagai tinggal keris saja tak ada. Ada yang siap pakai baju ahli silat. Yang berselendang kain batik tak kurang juga ramai. Dan yang paling ramai semestinya berbaju berasaskan bendera Malaysia. Kreatif betul si tukang jahit dan mak ayah yang menggayakan anak-anak.

Alhamdulillah, anak-anak Umie simple saja, tak ada lah complicated sangat. Yang anak soleh Amir berbaju melayu warna bendera Malaysia siap bersongkok dan anak solehah Ain pula baju t-shirt lengan panjang dan seluar sukan tapi ikut tema warna bendera Malaysia.

Anak-anak kalian pun pakai pakaian cantik juga ke sekolah? Jom kongsikan kalau tak keberatan dengan Umie. Mana tahu tahun depan boleh Umie gayakan pada anak-anak Umie ke. Hehehe


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Tuesday, September 12, 2023

Vitamin wanita mengandung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Teringat masa mula-mula mengandung anak soleh, Amir. Semestinya excited sebab setelah menunggu hampir 2 tahun baru Allah rezekikan kami ada cahaya mata. Masa itu Umie masih bekerja lagi. Jadi setiap pagi sebelum sampai pejabat, Umie akan beli sekotak susu saiz besar dan akan habis sebelum tengahari, sebab fikir nak bekalkan kalsium untuk baby dalam kandungan. Bila ingat balik, Ya Allah, semangatnya sebab ada nak ada baby. Hahaha

Selepas itu, tengahari harus makan jambu batu. Boleh dikatakan hari-hari juga Umie makan jambu batu. Kadang minta tolong kawan belikan, kadang pergi beli sendiri walaupun tengah sarat waktu itu. Punyalah semangat sebab fikir jambu batu kaya dengan vitamin C yang bagus untuk Umie dan baby. Hehehe

Percaya tak yang masa Umie mengandung, Umie buat bacaan tentang kehamilan dan Umie ada baca tentang ADHD, Down Syndrome dan sebagainya, bukan minta ia terjadi dalam hidup Umie tapi sekadar persediaan andaikata Umie diuji dengan anak sedemikian.

Alhamdulillah, anak yang sulung sihat sejahtera dan normal seperti anak yang biasa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Ada satu website ni yang Umie selalu rujuk, iaitu babycenter.com. Banyak info yang boleh kita rujuk dekat situ. Antaranya keadaan baby dalam kandungan kita seperti saiz baby, rupabentuk baby dan pergerakan baby. Selain itu, ada juga artikel untuk wanita mengandung dan permasalahan yang selalu berbangkit.

Ketahuilah, bila seorang wanita mengandung, semestinya dia akan sayang sangat pada kandungan dia dan berusaha sebaiknya untuk berikan yang terbaik buat anak dalam kandungannya.

Disebabkan concern dengan keperluan wanita mengandung, pihak Shaklee memperkenalkan set wanita mengandung khas kali ini dengan kerjasama Embun fomulated by Tanamera.


Set ini terdiri daripada :
  • ESP : protein yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Vitalize : multivitamin dan zat besi untuk memenuhi keperluan nutrisi wanita mengandung dan mengurangkan risiko anemia sewaktu mengandung
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • B Complex : mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan tulang saraf bayi yang dikandung
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Ostenutrix : membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Smooth Tummy Oil (Embun formulated by Tanamera) : mengurangkan tanda regangan dan selulit yang dialami oleh wanita mengandung. Ini untuk disapu ya, bukan untuk diminum. 
http://mamapapaamir.blogspot.com
  • Relaxing Magnesium Oil (Embun formulated by Tanamera) : mencegah kekejangan otot terutama pada bahagian kaki yang selalu dialami oleh wanita mengandung. Ini pun untuk kegunaan luaran saja, sapu-sapu di kaki untuk melegakan kaki waktu malam.
http://mamapapaamir.blogspot.com

Dengan pembelian set wanita mengandung ini, kalian akan dapat kos penghantaran PERCUMA, keahlian Shaklee secara PERCUMA dan beg daun Shaklee pun dapat secara PERCUMA. Menarik dan berbaloi kan?

Yang nak dapatkan set ibu mengandung ini boleh klik link ini 👉  https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P858?sid=1265902

Yang nak tanya dulu dengan Umie boleh klik sini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Selamat menikmati saat-saat kehamilan yang sangat indah. Insya Allah.

Fi hifzillah. Barakallahu fiikum.

http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: