Wednesday, June 09, 2021

Hikmah PKP di bulan Syawal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. 

Dalam menghadapi dugaan, Allah letakkan hikmah dalamnya.
Dalam gelisah menghadapi PKP, Allah melapangkan kita melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Allahu. Indah sangat perancangan Allah.

Jujur, anak soleh MPA belum cukup kuat semangat untuk berpuasa di waktu bukan bulan puasa. Sedangkan adik dia sendiri pun kena sorok-sorok, tak boleh makan di depan dia.

Tapi dengan hikmah PKP, dia berjaya selesaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Walaupun bagi sesetengah nampak kecil dan ringan, ianya nampak besar di mata MPA dan suami sebab kami tahu tahap mana kekuatan dia. 

Alhamdulillah, syukur sangat. Mungkin ini caranya Allah nak didik anak-anak kita bersedia berpuasa di luar bulan puasa dengan dimulakan dengan kurangnya cabaran bila berpuasa di rumah.

MPA bercadang nak melatih dia puasa pada hari Isnin dan Khamis ataupun puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan mengikut bulan Islam.

Dalam pada nak melatih dia, MPA pun kena la juga puasa sekali, temankan dia.

Tapi agak sedih juga sebab bulan Syawal akan berakhir 2 hari lagi.

Semoga kita semua direzekikan bertemu Ramadan dan Syawal yang akan datang. Insya Allah, aamiin.

Benar, dalam pada kita melihat semuanya dalam keadaan tidak menyenangkan, Allah menghadirkan pengajaran yang terbaik buat kita. Hanya kita yang perlu memilih untuk terus memandang ianya daripada sudut yang bagaimana.

Fikirkanlah daripada sudut yang baik supaya segalanya yang baik akan kembali kepada kita. Walaupun nampak seakan tidak baik, sekurangnya kita sentiasa berbaik sangka kepada Allah yang sedang menguji kita.

Jangan pernah putus asa sahabat. Ingat janji Allah : Disebalik kesulitan ada kemudahan (Al-Insyirah : 5-6) 


Lot's of love, 
  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Thursday, March 04, 2021

Berhati-hati dengan Gelombang Haba

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Perasan tak kebelakangan ini kita mengalami cuaca yang panas sangat. Rasa nak duduk dalam rumah diam-diam, tak nak keluar. Waktu petang pula rasa panjang Rupanya kita berada dalam Gelombang Haba untuk beberapa hari ini. Berhati-hati dengan Gelombang Haba ini kawan-kawan.

https://www.met.gov.my/

https://www.met.gov.my/


Sebab bila ada nya Gelombang Haba ini, badan kita mudah terhidrasi, mudah terkena strok haba.

Minum air secukupnya ya gais. Kurangkan berada di luar rumah. Pakai pakaian yang menyerap haba tapi dalam masa yang sama yang menutup aurat juga.

Semoga ianya cepat berakhir sebab kasihan pada anak-anak yang baru mula bersekolah, terutama anak-anak kecil. Kena bekalkan mereka air yang secukupnya supaya mereka tak terhidrat.

Jaga diri dan kesihatan ya semua.


Lot's of love, 
  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Wednesday, February 03, 2021

Adakah Allah sedang memakbulkan doaku?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah, sudah 15 hari anak-anak belajar secara PdPR. MPA percaya semestinya ianya akan selalu dikenang sepanjang hayat bukan saja pada anak-anak, pada ibubapa juga.

Tak mustahil sistem pembelajaran ini akan berterusan sampai bila-bila. Alah bisa tegal biasa, mulanya memang banyak cabaran. Tapi nak atau tidak, bertahan, bersabar dan bertabah sajalah pilihan yang ada.

Tahun 2021 ini merupakan tahun pertama anak solehah MPA, Ain masuk ke sekolah. Percaya atau tidak, satu masa dulu, MPA pernah berdoa dan berharap sangat untuk sekolah daripada rumah saja buat Ain sebab faktor kesihatan Ain dan juga kesesuaian dia bersekolah.

Sejujurnya, MPA tak bersedia lagi nak sekolahkan Ain tapi atas nasihat doktor, MPA terpaksa akur dan daftarkan dia bersekolah.

Mungkinkah ini caranya Allah memakbulkan doa MPA? Tiada siapa tahu.

Tapi MPA percaya pada Allah sebagaimana sangkaan hambaNya dan Allah memakbulkan doa hambaNya tepat pada masanya, bukan mengikut kehendak kita.

Siapalah kita hendak menidakkan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta kita kan?

Alhamdulillah, pembelajaran Ain walaupun atas talian ataupun melalui kertas kerja, sekurangnya MPA dapat memantau tahap pemahaman dia dan juga Abangnya sekali. Cuma waktu iklan dia banyak sangat, ada macam-macam idea dikeluarkan. MPA perlu kawal dan ajar mana yang boleh mana yang tidak serta ajar menguruskan masa supaya semuanya selesai tepat pada masanya. Insya Allah.

Jom kita renung dan fikir kembali, adakah ini salah satu caranya Allah memakbulkan permintaan dan doa kita suatu masa dulu?


Lot's of love, 

  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Friday, January 29, 2021

Cabaran mendidik anak sewaktu PKP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalau sebelum ini, boleh dikatakan pendidikan memang kita serahkan hampir 100% kepada tangan cikgu. Kalau ada kerja sekolah, barulah kita akan tahu serba sedikit kefahaman anak-anak dengan membantu mereka menyiapkannya.

Tapi di musim pandemik sekarang ini, cabaran mendidik anak-anak sama-sama dipikul sama adil di antara ibubapa dan para guru. MPA percaya ini adalah salah satu daripada hikmah PKP yang diturunkan oleh Allah.

Amanah mendidik anak-anak sememangnya di tangan ibubapa. Cuma sebelum ini mungkin kita agak lupa dan ambil mudah serta menyerahkannya kepada para cikgu.

Sememangnya MPA akui, mencabar mendidik anak-anak sekarang. Ibubapa kena ada ilmu yang cukup bukan saja dalam bidang akademik, dalam bidang keibubapaan juga sebab pemikiran anak-anak kita sangat berbeza dengan zaman kita kecil-kecil dulu.

Kalau dulu masa zaman MPA kecil dulu, pendidikan Sains hanya mula di ajar sewaktu di dalam Darjah 5, itu pun nama mata pelajarannya Alam dan Manusia.

Tapi sekarang, zaman anak kita, tadika lagi sudah belajar sains. Kehadapan sungguh. Kalau ibubapa tak ada bekalan ilmu yang cukup, tak mustahil anak-anak pula yang mengajar kita satu hari nanti. Huhu

Jadi, sebelum MPA serahkan kerja sekolah yang cikgu hantar ke telefon MPA, MPA tengok dulu kerja tersebut baru bagi kepada anak. Nak cukup persediaan dulu. Haha

Tapi adakalanya bila soalan di luar kotak, memang hold dulu la jawabnya. Cari jawapan dulu baru jawab soalan mereka.

Sememangnya PKP ini membuatkan MPA tahu dan kenalpasti potensi anak-anak serta tahap kefahaman mereka. MPA juga dapat kenal minat matapelajaran mereka dan apa yang menyebabkan mereka kurang minat dengan satu-satu matapelajaran.

Alhamdulillah. MPA akui Allah tak uji hambaNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya. Kita mampu sebab itu Allah uji. Dan Allah juga uji kita sebab Allah sayangkan kita semua. Insya Allah, kita akan berjaya melalui semuanya dan semoga kita semua berjaya dengan cemerlang di dalam ujian Allah ini buat semua. Yeah!

Lot's of love,
photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, January 27, 2021

Penerokaan dunia baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah, Allah gerakkan hati MPA pada Ramadan tahun lepas untuk sertai Sekolah Penulisan Ramadan dan Sabtu lepas, atas inisiatif Pengetua, Tuan Zamri mengadakan sesi taklimat penghasilan buku antologi pertama peserta Sekolah Penulisan Ramadan.

Sejujurnya, memang rasa takut nak sertai, takut tak dapat nak berikan komitmen tapi pada masa yang sama rasa teruja sangat nak sertai sebab dari dulu lagi minat dengan aktiviti penulisan cuma tak fokus nak kembangkan minat yang ada.

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, MPA akui agak tenggelam dengan aktiviti seharian sampai melupakan minat yang ada walaupun selalu jauh di sudut hati ini terdetik nak mulakan semula cuma banyak betul kekangan dan halangan.

Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, untuk peroleh kejayaan, kita perlu membayar 'harga' yang sepatutunya. Ya, mungkin 'pelaburan' yang MPA sumbangkan belum cukup lagi dan masih banyak lagi 'harga pelaburan' yang perlu MPA sediakan tapi MPA seharusnya tak patut putus asa kan?

Insya Allah, di tahun 2021 ini, MPA nak mengorak langkah baru, nak mengembara dalam bidang penulisan dengan lebih serius lagi. Untuk permulaan ini, MPA nak sertai antologi buku pertama dalam Sekolah Penulisan Ramadan. Selain itu, MPA nak meneroka dunia ghostwriter ataupun penulis upahan. 

Untuk semua hajat itu, MPA akan berkarya di laman blog baru iaitu di http://sitiaminahawahab.blogsot.com sebagai platform atau profil untuk aktiviti ghostwriter. 

Insya Allah, blog ini MPA akan aktifkan semula tapi lebih kepada blog lifestyle dan parenting. Jangan risau ok.

Doakan urusan MPA dimudahkan dan semoga MPA diberikan idea, kekuatan dan kematangan untuk menyebarkan kebaikan kepada semua. Kalau ada salah dan silap MPA, mohon kerjasama semua untuk beri teguran dan nasihat sebab MPA seperti manusia biasa lain, semestinya ada membuat silap dan salah di dalam kehidupan ini.

Selamat maju jaya kepada semua dan semoga kita semua dapat mengharungi dunia pandemik waktu ini dengan berjaya dan cemerlang. Insya Allah.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Friday, January 15, 2021

Selamat Tahun Baru 2021

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com


SELAMAT TAHUN BARU 2021 SEMUA!

Harap masih belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua. Sudah 15 haribulan Januari pun. Hehehe

Banyak sangat yang berlaku tahun 2020. Memang hebat sangat aturan Allah. Dia persiapkan kita dengan sebaiknya untuk menghadapi tahun 2021 yang akan serba hebat dan indah lagi.

Masa zaman sekolah MPA, ingat lagi masa itu dimomokkan pada zaman tahun 2020 dengan gambar kereta terbang, bangunan serba canggih dan segalanya serba canggih.

Tapi realitinya amat berbeza. Bukan setakat kereta tak boleh terbang, kena duduk diam-diam dalam tempat letak kereta saja. Hakikatnya duit yang terbang sebab segalanya serba online, dalam bentuk digital, tup tup, sampai depan rumah.

Walau apa pun rintangan dan halangan yang akan datang, MPA percaya kita semua akan mampu hadapinya dengan syarat meletakkan segala pergantungan kepada Allah sebab dengan kehadiran pandemik sekarang ini, memang kita bergantung sangat kepada Allah.

Sememangnya virus ini memang kita tak nampak. Sebab itu kita perlukan sangat pertolongan Allah. Kemungkinan ini adalah teguran 'mesra' daripada Sang Pencipta buat hambaNya yang seringkali lalai. Allahu.

Semoga kita semua berjaya harungi tahun 2021 dengan hebat, indah dan cemerlang. 

Mohon semua doakan ya blog ini hidup segar bugar tahun ini. Salah satu azam MPA ini. Hehehehe.

Insya Allah, MPA nak segarkan blog ini. Sayang sangat beberapa tahun ini tak konsisten. Wish me luck ok. 


Lot's of love, 
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: