AFB Feed

Thursday, November 14, 2019

Awas Penipuan Scammer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


http://mamapapaamir.blogspot.com

Semalam masa ke rumah mak abah MPA, abah MPA ada tanyakan pendapat MPA :

"Along, tolong tengokkan mesej whatsapp ni. Ok ke?"

Sekali MPA tengok mesej tersebut, MPA rasa lain macam, pelik.

Kata abah lagi, itu kawan masa sama-sama kerjakan Haji dulu. Dia sudah buat dan Alhamdulillah, banyak juga pulangannya.

Serba salah nak cakap, tapi perlu cakap juga sebab demi kebaikan bersama.

"Abah, Along rasa ini scammer la. Takpe, nanti kita tanya Angah macam mana."

Bila MPA forward dan tanya adik MPA yang bekerja di sektor perbankan, dia akui memang scammer.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allahu. Sebenarnya, bukan pertama kali abah MPA hampir terjebak dengan aktiviti scammer ini. Kalau nak dikira, ini adalah kali kedua, ajakan daripada kenalan yang agak rapat juga dengan abah MPA sebab MPA kenal mereka.

Mereka telah terjebak tanpa tahu yang ianya scammer dan niat untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan yang lain dengan ajak kawan-kawan lain sertai.

Nampak memang menarik, tapi AWAS!

Sudah banyak laporan berita tentang warga emas, malahan orang muda juga ditipu dengan scammer.

Kasihan pada warga emas sebab tanpa panduan atau nasihat daripada anak-anak atau mereka yang lebih arif, mudah ditipu oleh scammer.

Memang scammer nampak untung di dunia, menipu dan mencuri duit orang tanpa belas, tapi bagaimana agaknya keadaan mereka di akhirat nanti. 

Kalaupun orang yang mereka aniaya telah memaafkan mereka, tapi perhitungan mereka sendiri bagaimana.

Allahu. Beringat lah scammer sekalian. Hidup kita tak lama. Sampai masanya kembali kepada Pencipta. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Buat warga emas mahupun sesiapa saja, sebelum terjebak dengan apa jua melibatkan transaksi kewangan mahupun maklumat peribadi, dapatkan nasihat dan panduan daripada yang arif dan jangan mudah percaya walaupun daripada orang yang kita kenali. 

Lebih baik menyesal sekarang, bukan menyesal di kemudian hari.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Friday, November 01, 2019

Jom blogkeeping!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kalau ada terma housekeeping, tentu boleh blogkeeping kan? Hahaha

Ok, it's time untuk membersihkan blog yang telah bersawang bagai ini. Huhuhu

Banyak yang perlu dibuat. Insya Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan MPA untuk terus update blog tersayang ini.

Serius, terkejut sekejap tadi tengok statistik blog ini. Ingatkan sendu habis terus. Rupanya ada lagi yang sudi singgah menjenguk sini.

Statistik blog untuk bulan Oktober 2019.

Alhamdulillah, ada yang sudi singgah entri lama MPA. Terima kasih banyak-banyak.

Ini buat semangat nak update balik blog tersayang ini. Ramai kawan-kawan blog menghilang sebab MPA sendiri yang menghilang.

Nampaknya nak kena mulakan blogwalking semula macam ini. 

Doakan MPA konsisten ya update blog. Sayang sangat rasanya bila lama sangat tinggalkan dunia menulis ini walaupun hakikatnya latar belakang MPA bukan sastera. Tapi kalau sudah minat, harus diusahakan. Betul tak?

 
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab