Monday, August 21, 2023

Doa yang bagus untuk wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. Akhirnya sihat juga anak-anak Umie selepas berpas baton macam acara larian berganti-ganti gayanya, kurang sihat daripada bulan lepas. Musim betul sekarang ini. Notification kelas anak-anak yang tak datang sekolah berderet kurang sihat, minimum 5 orang sehari tak datang sekolah. Semoga dimudahkan buat semua yang diuji dengan keadaan anak-anak mahupun diri dan ahli keluarga yang kurang sihat.

Jadi ibu, bila anak kurang sihat, memang mencabar dan agak memenatkan. Kalau anak kecil lagi mencabar sebab anak-anak tak pandai nak cakap lagi dan juga sejenis tak sihat, suka menempel dan merengek selalu. Memang perlukan sangat me-time sekejap untuk lepaskan penat lelah seharian. 

Kali ini, Umie nak kongsi dengan kalian doa yang bagus untuk wanita terutama ibu yang sedang berjuang setiap hari menguruskan anak-anak, rumah tangga dan juga yang bekerjaya. Semoga ada manfaat buat kalian.

Selain bacaan Al-Mathurat setiap pagi dan petang, Umie juga suka amalkan doa ini :

Sumber : En Google

Masa kerja dulu-dulu, suka dengar radio Ikim FM pagi-pagi dan dalam lebih kurang pukul 7 pagi, akan berkumandang dekat radio Ikim FM doa ini tau. Sekarang uruskan anak-anak ke sekolah, on the way ke sekolah akan pasang radio Ikim FM dan ajak anak-anak sekali baca. Alang-alang dengar radio kan. Hehe.

Kalau kalian nak versi dari Youtube, ini dia : 


Sambil buat kerja, sambil kita boleh dengar dan baca sekali. Insya Allah, lama-lama boleh jadi terhafal tanpa sengaja. Cubalah.

Selain itu, boleh juga amalkan doa ini awal-awal pagi lepas solat Subuh atau bila-bila berkesempatan.

Sumber : En Google

Dalam melayari aktiviti seharian, macam-macam dugaan, ujian mahupun nikmat yang akan kita hadapi. Jadi, sebelum mulakan aktiviti seharian, apa kata kita berdoa dulu mohon dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik sepanjang hari dan juga amalan yang diterima oleh Allah walaupun sekecil-kecil amalan.

Bagi Umie, bagus juga kalau kita anjurkan anak-anak amalkan doa ini pagi-pagi sebab mereka kan nak ke sekolah menimba ilmu. Dan semoga jadi amalan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Insya Allah.

Sumber : En Google

Last but not least, doa dhuha! Rasanya ramai yang hafal dan anak-anak pun ada yang dah hafal juga kan. Kebanyakan Umie rasa ikut lenggok bacaan doa dhuha oleh kumpulan UNIC, yang ini :


Sebab Umie sendiri pun kalau baca ikut lenggok bacaan ini, mudah ingat, sekali dengan maksudnya. Dalam pukul 8 lebih macam tu, radio Ikim FM pun akan putarkan doa dhuha ini juga untuk bacaan bersama-sama. Bagus juga sebab ingatkan kita untuk solat dhuha in case terlupa atau belum buat lagi, kan?

Kira kalau dalam keadaan 'bendera merah' pun bagus juga amalkan doa-doa ini. Mudahan aktiviti kita sepanjang hari penuh keberkatan dan dirahmati Allah selalu. 

Eh, kalau kalian ada apa-apa doa yang kalian selalu amalkan, jomlah share dengan Umie dekat kotak komen bawah ini. Boleh juga Umie dan sahabat-sahabat lain amalkan. Mudahan sedikit perkongsian kalian menjadi asbab pahala buat kalian juga. Insya Allah.

Semoga perkongsian Umie kali ini ada manfaat buat kalian ya. Kalau nak share posting ini, dipersilakan dan Umie tiada halangan. Insya Allah.

Barakallahu fikum.

http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, August 18, 2023

Vitamin untuk wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad


Baru-baru ini anak-anak Umie diuji dengan sakit, bergilir-gilir macam orang berlari berganti-ganti. Bila jadi ibu ni, memang risau memanjang sampai diri sendiri macam tak terurus rasa. Ada juga sebenarnya rasa kurang sihat tapi biasala ibu, lebih fikirkan anak-anak daripada diri sendiri. Huhu

Ingatkan Umie saja yang macam ini, rupanya sahabat-sahabat Umie pun diuji dengan sakit juga, bergilir pas baton. Terfikir macamana agaknya kalau anak ramai, memang penat sangat kan. 

Kali ini Umie nak kongsikan dengan kalian vitamin untuk wanita untuk semua wanita terutama supermom yang Umie percaya sangat memerlukan penjagaan kesihatan diri sendiri juga.

1. Vitalize


Bila sibuk samada bekerja atau menguruskan keluarga, sering kita lupa untuk jaga kesihatan sendiri. Jadi dengan pengambilan Vitalize dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan supaya berada dalam keadaan optimum. 

2. GLA Complex


Selain mengalami senggugut, tahukah kalian 63% wanita turut mengalami jerawat teruk ketika pramenstrual. Formula GLA Complex Shaklee melegakan kekejangan perut ketika kedatangan haid, dalam masa yang sama menjadikan kulit cantik berseri-seri.

3. Omega Guard


Minyak ikan Omega-3 dapat meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar lebih banyak kalori setiap hari. Jadi, ia berpotensi untuk mengurangkan berat badan serta membantu mengempiskan perut dan mengecilkan saiz pinggang.

4. Ostenutrix


Bila umur makin meningkat, kejadian tulang rapuh lebih banyak berlaku berbanding tulang yang dibina. Jadi, penting untuk kita membekalkan tulang kita dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti seperti Ostenutrix Shaklee. Selain untuk tulang, Ostenutrix Shaklee juga membantu mengatasi masalah senggugut yang sering berlaku di kalangan wanita.


Kalau ada yang nak dapatkan vitamin untuk wanita Shaklee, mari Umie bantu dengan klik sini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Atau kalian nak jadi ahli dan beli dengan harga ahli tapi segan nak PM Umie, boleh klik sini ya 👉 https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Wednesday, August 09, 2023

Nak tenaga berpanjangan? Ambil CoQ-Trol Plus Shaklee

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Hi kalian. Semua sihat? Buat masa ni, keluarga Umie sedang diuji dengan ujian sakit. Macam pelari je ni ha, pass baton bergilir-gilir. Huhu

Walaupun kurang sihat, tetap kerja rumah kena jalan. Jadi, harini Umie nak share pasal CoQ-Trol Plus Shaklee.

CoQ-Trol Plus Shaklee terdiri daripada Coenzyme Q10 iaitu komponen penting dalam menghasilkan tenaga dalam sel. Coenzyme Q10 ini mampu menukarkan lemak dan gula  kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Jadi, Ia juga antioksidan yang kuat  dan mampu melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee
CoQ-Trol Plus Shaklee membekalkan sebatian semulajadi dan propprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratril dan tokoferol.
Ia merupakan formulasi yang dipatenkan untuk penyerapan CoQ10 (paten no MY-139379-A)

3 Sebab Kita Perlu Ambil CoQ10.

1. Generator Tenaga Utama

Berada dalam mitokondria dalam sel (kilang tenaga), CoQ10 memulakan proses penghasilan tenaga menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan kita.

2. Duo Tenaga Kepada Polifenol

Nak kan tenaga sepanjang hari? Ambil kombinasi CoQ10 dan polifenol. Tahukah kalian, polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga.

3. Sumber Antioksida Yang Berkuasa

Memandangkan CoQ10 merupakan antioksida yang kuat, CoQ10 bermanfaat untuk kesihatan, menjadikan kulit lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.

Sebotol CoQ-Trol Plus Shaklee terdiri daripada 30 kapsul dan sehari hanya perlu ambil sebiji sahaja, untuk tenaga sepanjang hari.

Nak dapatkan Coq-Trol Plus Shaklee? Boleh klik sini 👉https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/11026?sid=1265902

Atau boleh hubungi Umie untuk pertanyaan lanjut 👉http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, August 04, 2023

Kebaikan Vitamin E

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian perasan tak, antara vitamin yang jarang didendangkan adalah Vitamin E. Antara vitamin yang selalu didendangkan pula adalah Vitamin C sebab selalu dikaitkan dengan kulit cantik dan kuatkan imun. Vitamin yang selalu dikaitkan dengan ibu mengandung pula ialah Vitamin B sebab ia melibatkan tumbesaran anak dalam kandungan. Kan?

Tahukah korang yang Vitamin E ini sejenis vitamin larut lemak yang ada ciri-ciri antioksidan juga yang melawan radikal bebas dalam badan. Kiranya Vitamin E ini macam Vitamin C juga tau, membantu jadikan kulit berseri-seri menawan gitu.

Marilah Umie kongsikan dengan semua 3 kebaikan Vitamin E ini untuk pengetahuan kita bersama :

1. Menyokong kesihatan penglihatan


Sumber : pexels.com

Kajian mendapati Vitamin E dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan katarak dalam mata, iaitu keadaan kanta mata yang jernih menjadi keruh. Umpama tingkap yang sepatutnya bersih tapi kelabu asap sebab ada kotoran. Macam itulah. 

Kajian juga mendapati Vitamin E juga dapat mengurangkan 20% risiko AMD, iaitu kemerosotan mata disebabkan penuaan. Jadi, untuk kesihatan mata, ambillah Vitamin E.

2. Mengekalkan kulit berseri-seri

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Dengan pengambilan Vitamin E mengikut dos yang dirujuk dalam portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia,  dos maksimum yang dibenarkan pengambilan Vitamin E dalam sehari adalah sebanyak 800 UI, dapat membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan. Selain itu, Vitamin E juga dapat berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.

3. Menyokong kesihatan jantung

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Vitamin E didapati dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung. Kajian mendapati, Vitamin E dapat menghalang oksidasi kolestrol LDL untuk mengurangkan pembentukan plak serta dapat menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 liter darah sehari ke seluruh tubuh badan manusia. Bagus kan Vitamin E ni?


Ada banyak lagi kelebihan Vitamin E ini seperti membantu fungsi otak yang lebih baik dan menambahbaik pergerakan sperma bagi orang lelaki, khususnya buat mereka yang dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Kalian tahu tak, makanan yang kaya dengan Vitamin E ini seperti kacang badam, kacang tanah, labu, asparagus, mangga, avokado, biji bunga matahari, brokoli, tomato dan banyak lagi.

Bagi yang sukakan makanan semulajadi, bolehla ambil berdasarkan apa yang Umie kongsikan di atas. Tapi pada yang tak berapa minat makanan di atas dan lebih sukakan pengambilan makanan tambahan, boleh dapatkan Vitamin E Shaklee.

Kenapa perlu dapatkan Vitamin E daripada Shaklee pula?

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kerana 1 kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi :
  • 400 IU Vitamin E daripada sumber semulajadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokofel, yang merupakan bentuk aktif biologi Vitamin E yang lebih mudah diserap oleh tubuh.
  • 65 mcg Selenium untuk melengkapi Vitamin E supaya dapat berfungsi dengan optimum.
  • 39.4 mg ekstrak biji anggur yang mengandungi proantosianidin, iaitu sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
Jadi, dengan mengambil 2 kapsul Vitamin E Shaklee, cukuplah 800 IU Vitamin E dos harian sebagaimana yang telah diterangkan atas tadi.

Oleh itu, kalian yang nak dapatkan Vitamin E Shaklee daripada Umie, boleh klik sini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com

Share:

Tuesday, August 01, 2023

Selamat Datang Ogos 2023

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Terima kasih Julai dan selamat datang Ogos 2023, bulan kemerdekaan. Sekejap rasanya sudah bulan Ogos. Nanti tup tup sampai Disember, penghujung tahun.

Tadi ada ke kedai. Nampak kedai sudah mula jual bendera Malaysia, ada macam-macam jenis dan bentuk. Alhamdulillah, di rumah masih ada lagi tapi mungkin nak kena standby untuk anak-anak bawa ke sekolah sebab tahun lepas cari last minute, alamatnya jumpa yang comel-comel yang selalu orang letak di dashboard kereta. 😅

Alhamdulillah, anak-anak tak marah sebab mereka tahu tinggal yang itu saja di kedai. Maafkan Umie ya anak-anak, sebab tak jangka terhangat di pasaran bendera Malaysia waktu tu. Huhu

2 minggu lagi, 12 haribulan Ogos, jangan lupa ya buat pengundi 6 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Kepada anak perantau, jangan lupa rancang perjalanan kalian dan tempah tiket bas atau tiket kapal terbang dengan segera, takut habis dan tak dapat balik mengundi. Ini juga bermakna 2 minggu lagi ber'inai' ungu lagilah kita ya. Huhu

Jujur, pada mulanya Umie nampak buruk sangat jari Umie masa baru-baru undi haritu. Macam jari baru lepas terkepit pintu rupanya. Ada kawan siap pakai inai biasa pada jari lain sebab nak bagi nampak sama. Kalini mungkin Umie pun sama macam kawan Umie, pakaikan inai pada jari lain nak kurangkan nampak buruk jari yang berinai ungu nanti tu.

Bendera dan khemah parti yang terlibat sudah mula berada di mana-mana. Cuma satu harapan Umie, janganlah sampai menghalang penglihatan terutama di simpang keluar masuk. Bahaya tau. Lagi-lagi dekat jalan besar yang lori selalu lalu. Kita jenis yang mudah seriau ni, nak keluar simpang pun jadi takut-takut, lagi-lagi nak hantar anak-anak ke sekolah. Tolong ya.

Apapun, dalam tempoh berkempen sekarang ini, berkempenlah dengan baik. Kalau berjanji, silalah tunaikan andai anda menang di kawasan tersebut. Bila berjanji, pastikan ia menurut kemampuan anda, sebab kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Kan dah berperibahasa ha. Hahaha 😂

Walau apapun, di bulan baru ini, semoga kita semua 'merdeka' dalam erti kata menjadi insan yang lebih baik dan bertambah baik daripada bulan lepas. Semoga segala yang baik-baik berlaku pada bulan ini dan bulan seterusnya. Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: