Thursday, March 30, 2017

Sudah bersediakah kita menghadapinya?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan Rejab. Akan diikuti dengan bulan Syaaban. Ramadhan, bulan keberkatan semakin menghampiri. Bulan Ramadhan juga diwajibkan berpuasa bagi umat Islam yang sudah baligh dan memenuhi syarat berpuasa.
Sudah bersediakah kita menghadapinya? 
Kepada yang belum berkesempatan untuk menggantikan puasa tahun lepas, eloklah berbuat sekarang sementara masa masih ada lagi. Bukan apa, kalau bertangguh-tangguh, dibimbangi kita terlupa dan seterusnya terlepas untuk menggantikan puasa. Kan tak elok macamtu.
Bagus jika kita memulakan latihan berpuasa dari bulan ini. Sekurangnya, bila menjelang bulan Ramadhan nanti, tidaklah terkejut perut bila mula berpuasa. Masa itulah tiba-tiba munculnya penyakit gastrik. Kita juga yang susah nanti.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini. Insya Allah.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, March 15, 2017

Dijangkiti Rotavirus

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Semalam MPA ada menceritakan yang puteri MPA, Ain Humaira discaj tak jadi disebabkan demam, cirit-birit dan muntah-muntah. Kelmarin jururawat ada ambil sebahagian najis Ain sebagai sampel ujian makmal. Malan tadi keputusan diperolehi iaitu Ain dijangkiti Rotavirus.
Bila dijangkiti Rotavirus, Ain perlu diasingkan dan dikuarantinkan. Bila Ain diasingkan dan dikuarantinkan, dengan MPA sekali mesti diasingkan juga. Bertabahlah wahai mama. Huhu
Apa itu Rotavirus?

Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120913/kn_01/Bahaya-rotavirus#ixzz4bMtNxCma 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Budak ceria. Sihat atau tidak, sama saja.

Pada hari pertama dan kedua Ain dijangkiti Rotavirus, Ain kurang bermaya. Hari ini merupakan hari ke-3 Ain dijangkiti dan nampak semakin cergas dan aktif berbanding sebelum ini. Ain masih lagi cirit birit dan muntah-muntah tetapi kekerapan semakin berkurang. Bila sudah ON antibiotik, 5 hingga 7 hari jugalah kena bertahan di wad sini. 

Ambil daripada sudut positif sahaja. Lebih baik Ain dah betul-betul sihat, baru balik dan tidak perlu lagi berulang ke hospital lagi selepas ini, insya Allah. 

Lepas ini tetap perlu ke hospital tetapi untuk pemeriksaan lanjut sahaja cukuplah. Hihi

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, March 14, 2017

Discaj tak jadi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Setelah sebulan puteri MPA, Ain Humaira ditahan di wad, semalam doktor benarkan untuk kami balik ke rumah. Dalam sibuk MPA mengemas barang, membayar bil perubatan dan juga ambil ubat di farmasi, dalam tengahari macamtu, MPA rasa badan Ain mula panas. Suami MPA sudah simpan sebahagian barang di kereta. 

MPA dengan rasa berbelah bahagi, panggil jururawat untuk periksa Ain. Mana tak berbelah bahagi, ikutkan rasa memang seronok nak balik rumah tapi hati MPA rasa tak sedap mengenangkan Ain kurang sihat. Bila jururawat periksa, suhu Ain mencecah 30deg C. Betul sangkaan MPA Ain kurang sihat.

Terus Ain kena tahan balik sebab demam. Rasa kecewa memang ada tapi demi kebaikan Ain, MPA redha jela. Lagipun, serupa juga jika dalam kereta dalam perjalanan balik Ain didapati tidak sihat, MPA tetap kena berpatah balik. 

Deman kali ini berpakej, sekali dengan cirit-birit dan muntah-muntah. Aduhai. Penat sikit kali ini sebab kerap kena tukar pakaian dan cadar hospital. Kali ini cirit Ain lain macam sikit. Najis terus keluar melalui celah-celah lampin pakai buang. Punyalah cair najis Ain. Baunya tak perlu diperkatakan, memang kuat baunya. Tapi apakan daya, kalau MPA tak cuci, takkan nak harapkan jururawat pulak kot. Huhu

Ain juga kerap muntah terutama selepas susu. Bukan muntah keluar susu, tapi keluar cecair kadangkala berwarna kuning, hijau lumut dan coklat. Kata jururawat, macam air dari dalam isi perut Ain tapi pelik, susu tidak pula.

Ain kalau demam, pakejnya sekali dengan nadi laju (190++ hingga 200++) dan nafas laju. Nafas laju ni sekadar tengok Ain pon sudah tau dia nafas laju sebab nampak dia bernafas macam kepenatan.

Bila macam ini, mulakan antibiotik dan bertabahlah untuk menunggu 5 hingga 7 hari lagi di wad. Sobs..sobs..

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan puteri MPA, Ain Humaira. Semoga kehidupan sahabat-sahabat MPA turut sejahtera dan peroleh kesihatan yang baik, insya Allah.

Senentara Ain sedang tidur, bolehla MPA berceloteh. Jika sudah bangun nanti, alamatnya melayan dia sajalah. Almaklum, kurang sihat.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Sunday, March 05, 2017

Entri Luahan Rasa

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Entri kali ini entri emosi sikit bagi MPA. Walaupun tak kena pada batang hidung MPA, sekurangnya ianya menjadi tauladan dan sempadan buat semua.
Bila menjaga anak sakit lebih-lebih lagi di hospital, tidak dinafikan pelbagai emosi ada dalam diri ibu atau bapa yang menjaga. Tidak dinafikan, kadangkala emosi menguasai diri kita. Walaubagaimanapun, niat tidak pernah menghalalkan cara.
Memang betul anak yang kita jaga sakit, tetapi perlu juga ingat yang mungkin anak orang lain lagi kritikal daripada anak kita, kita tidak tahu. Jadi, andai permintaan kita tidak dilayan oleh jururawat, peringatkan mereka semula. MPA bukan jururawat tapi MPA terkesan untuk nasihat menasihati.
Jururawat juga ada salah dan silapnya. Mereka juga manusia. Jangan sekali mereka tersilap, kita terus menghukum mereka. Ingat yang kita pun ada salah dan silap.
Tidak kisahlah kita ini ada sijil tinggi atau berpangkat besar, sentiasa ingat yang tidak selamanya kita di atas. Ada waktu dan ketikanya, kita di bawah. Itu semua tidak mustahil.
Jadi, banyakkan bersabar. Tidak perlulah mengatakan kepada semua orang tentang sijil dan pangkat kita itu. Merendah diri lebih baik. Jangan ingat orang takut dengan sijil dan pangkat yang kita ada itu. Silap-silap, orang jadi meluat mendengarnya.
Lagi satu, tidak perlu sehingga bermain sumpah seranah orang. Takut-takut memakan diri kita semula. Tak perlu mengatakan yang diri kita ini orang yang kuat bersembahyang dan kuat berpuasa semuanya. Bimbang apa yang kita banggakan itu tiada nilainya di sisi Maha Pencipta. 

Yang paling penting, tidak perlulah menghebahkan segalanya pada semua. Nanti elok-elok orang nak jaga anak kita, jadi menyampah dan sambil lewa pula nanti.

Jika kita berada di wad kelas satu, bolehla anak kita dapat layanan yang terbaik. Tetapi bila kita berada di wad kelas tiga, jangan sesekali mahukan layanan kelas pertama, lebih-lebih lagi di hospital kerajaan. Terima apa adanya dan berusaha untuk belajar melakukan sendiri apabila diajar oleh jururawat. Bila pesakit tidak ramai, bolehla jururawat melayan anak kita dengan teliti. Tetapi bila pesakit ramai, terutama ada beberapa kes kritikal yang perlu perhatian jururawat yang lebih, berdikarilah dan tak perlu mengharap bantuan semata.

Kepada individu yang terbabit, MPA minta maaf sebab mungkin nampak seakan MPA menjarakkan sedikit pergaulan. Bukan apa, MPA tak nak terpengaruh dengan sikap sebegini. Tidak dinafikan MPA juga ada mengalami perkara yang tidak baik, tapi MPA cuba bersangka baik dan cuba memahami keadaan mereka pada waktu itu. MPA sentiasa ingat yang bila kita fikir orang lain tidak betul, adakah kita ini sudah cukup betul? 

Berlapang dada dan terima dengan redha apa adanya. Jangan meninggi diri kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Kita menceritakan aib dan keburukan orang lain, pada masa yang sama aib kita sedang terbuka.

Minta maaf semua. Entri kali ini memang panjang dan merupakan entri luahan perasaan. Geram MPA dengan sikap sebegini. Harap-harap sahabat MPA tidak sebegini ya. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: