Wednesday, March 30, 2016

Tuesday, March 29, 2016

Susahnya nak konsisten

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Aduhai, tak konsisten langsung update blog ni. Ikut suka dan ikut dan je. Plus ikut mood. Kesian pulak pada blog kesayangan ni. Bila writer's block, beginilah jadinya. Cemburu juga pada sahabat-sahabat yang berjaya up entry setiap hari. Huhu.


Teringin nak bergiat aktif dan konsisten macam dulu, tapi apa kan daya. Kita hanya merancang, Allah penentu segalanya.
Memang banyak tips untuk konsisten kat luar sana tapi nak tau jugak sahabat-sahabat SAW punya tips. Kalau ada pernah up entry, sharekan bole. Mana tau SAW bole apply ke. ^_^
Share:

Saturday, March 26, 2016

Hobi Baru

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, selamat berhujung minggu semua!
Apa perancangan sahabat semua?
Keluar beriadah dengan keluarga?
Atau duduk di rumah menghabiskan masa dengan keluarga?

Saya tak kemana harini, habiskan masa dengan keluarga di rumah.
Sambil tu melayan hobi baru --> mengait


Buku oren tulisan Jepun tu mak punya.
Yang bahasa melayu tu pulak adik punya.

Saja test buat yang warna pink purple tu.
Konon nak buatkan untuk Ain scarf rambut dia. Tapi tak taula tu bila bole siap. Hihi
Baru berjinak-jinak. Terkedek-kedekla lagi.

Apa pula hobi masa lapang kalian?
Apa kata share dengan saya. 😉
Share:

Friday, March 25, 2016

Sistematematika IKHLAS

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, salam Jumaat semua!

Jom kita bermain matematik :


Kita andaikan PEMBERIAN dibahagikan dengan HARAPAN, akan mendapat HASIL.

Jika kita memberi satu dengan harapan dua (ataupun lebih),
maka hasilnya kita hanya akan mendapat setengah (ataupun kurang daripada itu).

Jika kita memberikan satu dengan mengharapkan satu juga,
maka hasilnya juga kita mendapat satu.

Tetapi, jika kita memberikan satu dan tidak mengharapkan apapun,
maka hasilnya akan menjadi tidak terhingga.

Oleh itu, 
marilah kita memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia, 
hanya mengharapkan keredhaan Allah jua,
insya Allah, hasilnya daripada sumber tidak terjangka. 

Mungkin bukan dalam sudut rezeki, 
tetapi dipermudahkan urusan kita, ataupun ketenangan hati dan jiwa.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat! ^_^
Share:

Wednesday, March 23, 2016

Sunday, March 13, 2016

First time demam

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Bila anak syurga ni first time demam,
susah hati rasa di hati ni.


Harini uruskan dia dan melayan dia.
Demam urat agaknya. Ada yang kata demam nak besar. Walau apa pun tetap kena monitor keadaan Ain sebab doktor kata kalau dia seakan tercungap-cungap ataupun bernafas dengan laju atau kurang nak menyusu, kena ke hospital dengan segera.

Mohon doakan anak SAW sihat seperti sedia kala ya.

Semoga segala perkara-perkara yang baik mengiringi kehidupan sahabat-sahabat SAW di sini. Insya Allah
Share:

Saturday, March 12, 2016

8th Putrajaya International Hot Air Balloon

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Insya Allah, sekarang sedang berlangsung 8th Putrajaya International Hot Air Balloon

Kalau dapat naik hot air balloon ni, mesti best. Tapi anak SAW kecik sangat lagi. Lagipon dah naik tu, kena la lawan rasa gayat, ye tak? Siapa yang pernah naik? SAW belum lagi tapi mungkin satu hari nanti kot, bukan dalam masa terdekat ni. Hehehe

Okla, cerita pasal Putrajaya Hot Air Balloon ni, agaknya mesti ada tiket kot nak masuk.
Di sini, SAW tolong sahabat ye untuk cek harga tiket hot air balloon ni.
Meh kita tengok kat bawah ni :
Senarai harga


Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari http://myballoonfiesta.com/

Macam menarik kan? Rupanya malam pon ada.
Esok hari terakhir, jangan lepaskan peluang ye kepada yang berkesempatan tu. ^_^
Share:

Selamat bercuti sekolah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah



Dah mula cuti sekolah ya. Ramai yang tak lepas peluang balik kampung ni. Tak pun bercuti bersama keluarga. Bagi SAW, mungkin balik kampung kot, tak pasti lagi macamana.

Kepada yang akan bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga, selamat bercuti dan hati-hati dalam apa jua yang kalian lakukan ya.


Share:

Friday, March 11, 2016

Nikmat dan Musibah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Hidup ini penuh dugaan
Disebalik NIKMAT, ada MUSIBAH
Di sebalik MUSIBAH, ada NIKMAT
Jangan RISAU
Jangan RESAH
Kerana disebaliknya mengandungi SERIBU hikmah
Jika dilanda NIKMAT, usah LUPA dan LEKA
Kerana di sinilah bermulanya MUSIBAH

Share:

Wednesday, March 09, 2016

Wednesday, March 02, 2016