Monday, June 12, 2017

Salam Nuzul Quran

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Salam Nuzul Quran dan salam 17 Ramadhan.

Pada tarikh yang sama ribuan tahun yang lalu terjadinya kejadian yang sangat penting buat umat Islam di mana terjadinya peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang pada ketika itu sedang beribadat di Gua Hira.

Ayat pertama yang turun pada ketika itu adalah daripada Surah al-Alaq :


Seterusnya ayat al-Quran turun secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Sebagaimana yang diketahui, al-Quran merupakan mukjizat terbesar junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang masih ada sehingga kini. Ianya juga memberi makna yang terlalu besar buat umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Marilah kita membaca dan memahami al-Quran untuk pedoman hidup kita. Semoga al-Quran dapat menjadi syafaat kita di akhirat kelak apabila kita rajin membaca dan memahaminya. Insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, June 02, 2017

Mohonlah keampunan Allah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


 عن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول – قال الله تعالى : يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة – رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, saya mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah Ta’ala berfirman, ‘Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka AKU akan mengampuni dosamu dan AKU tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya AKU memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui AKU dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukanku dengan sesuatu pun, niscaya AKU datang kepadamu dengan memberi ampunan sepenuh bumi pula”

HR Tirmidzi, Status Hadis HASAN SHAHIH.

Mohonlah sebanyak mana keampunan dari Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun selagi kita sebagai hamba-Nya tidak syirik kepadaNYA. Betapa Allah begitu sayang kepada hamba-hamba-Nya dan begitu kasih Allah kepada hamba-hamba-Nya. Adakah kita masih mencari alasan untuk tidak membuat apa yang Allah suruh? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. 

Wallahua'lam 

Sumber : admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, June 01, 2017

Selamat datang Jun dan selamat berpuasa Ramadhan

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Tup tap, tup tap, hari ini adalah 1 Jun 2017. Sudah setengah tahun kita berada di tahun 2017. Walaupun sudah setengah tahun, rasanya macam baru semalam kita masuk ke tahun 2017. 

Pada waktu ini, umat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan Ramadhan. Ini bermakna umat Islam mesti berpuasa di siang hari. Ada yang sudah mula cuti puasa?. Kalau bersebab seperti yang disyariatkan, jangan lupa mengganti pula nanti ya.

Ramadhan kali ini, ramai juga sahabat-sahabat MPA yang akan melahirkan anak. Semalam, jiran MPA selamat melahirkan anak lelaki. Bila dengar sahabat-sahabat bersalin, macam seronok je dapat ahli keluarga baru. Rindu pada bau baby. Tetapi bila mengenangkan puteri MPA, Ain Humaira, ada hikmahnya Allah tidak memberikan rezeki anak lagi kepada MPA sekeluarga.

Teringat sewaktu menyusukan badan kepada Ain, cabaran betul di bulan puasa. Almaklum, bila menyusu badan, perlu banyak air di dalam badan serta mudah lapar. Untuk itu, MPA perlu banyak minum air selepas berbuka dan sewaktu bersahur untuk menampung keperluan air dalam badan. Selain itu, tidak dinafikan kurma dapat membantu keperluan badan agar tidak mudah rasa lapar di siang hari. Itulah yang MPA amalkan di sepanjang bulan Ramadhan. 


Kepada sahabat-sahabat MPA yang bakal melahirkan anak di bulan Ramadhan ini, semoga urusan kalian dipermudahkan serta dikurniakan anak yang soleh dan juga solehah, insya Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang berpuasa Ramadhan, selamat berpuasa dan beramal ibadat. Semoga amal ibadat kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah Taala, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: