Wednesday, April 30, 2014

Salam Jumaat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Salam Jumaat.


Sempena hari Jumaat, mama nak berkongsi doa yang bagus diamalkan.
Semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkannya serta diperoleh segala yang dihajati.
Insya Allah, aamiin.

Wallahuaklam

Share:

Selamat Hari Buruh

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sumber : Google

Alhamdulillah...boleh dikatakan rata-rata para pekerja bercuti hari ini kan...
Kepada negeri yang sememangnya bercuti hari Jumaat dan Sabtu, bertambah seronok dapat bercuti selama 3 hari berturut. Manakala negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad, rasanya kebanyakkannya mengambil peluang bercuti pada hari Jumaat, menjadikan hari bercuti sebanyak 4 hari.

Salah seorang yang tidak melepaskan peluang bercuti pada hari Jumaat adalah saya. Hehe

Lagi pula, hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. ^_^


Cepat rasanya berlalu. Dah 4 tahun kami bersama. Banyak juga turun naik yang telah kami tempuh sepanjang 4 tahun perkahwinan ini.

Semasa entry ini disiarkan, kami dalam perjalanan bercuti ke Taiping.
Balik dari bercuti saya ceritakan ye kenapa kami pilih Taiping serta serba-sedikit cerita kami di Taiping.

Mohon sahabat-sahabat mendoakan agar perkahwinan kami dibawah redha Allah serta sentiasa menurut segala syariat yang telah ditetapkan. Semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat serta waris yang mendukung syariat-syariat Allah. 

Insya Allah, aamiin.

Wallahuaklam
Share:

Tuesday, April 29, 2014

Uniknya diri kita!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Sumber : Facebook

Begitu sekali uniknya diri setiap individu. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan. Diharap, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan berlandaskan syariat daripada Maha Pencipta.

P/S : Sebagai blogger pun ada peranan dan tanggungjawab tau. Semoga kita semua memainkan peranan serta tanggungjawab dengan sebaik yang boleh. ^_^

Wallahuaklam.
Share:

Monday, April 28, 2014

Our Precious Time Together

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat hari Isnin semua!!

Lambat entry harini. Nak ambil mood hari Isnin + mood bercuti semalam masih ada. Hehe
Sabtu baru lepas ni, kononnya mama nak pergi ke Pesta Buku.
Memang mama pergi, tapi pergi hantar adik-adik dan mak mama ke PWTC.
Sebabnya, papa ajak berjalan dengan Amir. Hohoho

Ingat nak jalan ke mana, rupanya nak ajak pergi ke Pusat Sains Negara.
Kononnya, ingat tak ramai orang. Sekali kereta dan bas berderet kat tempat parking kereta PSN.
Oh, rupanya ada Engineering Sains Fair. Aish, sana sini ramai sangat orang rupanya.

Last-last, kami ke Sungai Buloh, makan ayam golek. Papa teringin nak makan ayam golek.
Alhamdulillah, jadilahkan untuk masa berharga kami sekeluarga.

Amir baca buku dengan nenek.

Antara buku yang adik-adik beli. Mama pinjam daripada adik sebagai penambahan ilmu demi anak-anak. Insya Allah, mama akan kongsikan serba sedikit ilmu yang mama peroleh pada entri akan datang.

Wallahuaklam.
Share:

Saturday, April 26, 2014

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Pada mulanya mama plan dengan adik-adik nak pergi ke Pesta Buku di PWTC.
Alih-alih, papa pagi ni ajak kami pergi jalan-jalan.

Rupa-rupanya, papa ada dapat rezeki lebih sikit semalam. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.
Jadinya, hari ini tak pasti lagi nak kemana. Tengah fikir-fikir dan survey-survey.
Doakan perjalanan dan urusan kami sekeluarga diberkati, dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang.
Insya Allah...aamiin

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Share:

Friday, April 25, 2014

Tazkirah Jumaat : Sesal Marah Anak

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Soalan : 
Saya seorang ibu yang bekerja. Bila bersama anak kadangkala saya cepat penat, jadi saya mudah memarahi mereka. Tetapi saya rasa menyesal selepas itu. Bagaimana saya boleh mengatasinya?

Jawapan : 
Yang pertama, kita mesti ingat, anak itu boleh mati bila-bila. Jadi dengan serta merta, rasa ingin marah itu akan hilang. Lihat keadaan orang yang sudah kehilangan anak, kalau boleh mereka hendak putar kembali masa bersama anak.

Saya ingin berpesan kepada para ibu yang penat bekerja. Kita jangan hanya penat fizikal, sebaliknya pastikan supaya rohani kita turut terbina. Jangan jadi seperti kebanyakan orang yang bekerja hanya untuk memenuhi keperluan hidup.

Kita pekerja yang mempunyai tujuan hidup. Bila kita bekerja dengan sifat kehambaan, kita pasti boleh bekerja dengan baik. Bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan dan laksanakan sebaik mungkin. Yakinlah bahawa segala kebaikan yang kita tabur ketika bekerja akan dibalas kepada anak-anak kita.
Sentiasalah berdoa : "Ya Allah Ya Tuhanku, bagaimana aku menjaga dengan baik urusan duniaku dan amanahku ini, Kau gantikanlah dengan kebaikan, keselamatan, kesihatan dan ketenangan untuk anak-anakku."

Sebelum pulang dari kerja, saya cadangkan kepada semua, pejamkan mata, bayangkan betapa seronoknya di rumah. Bayangkan wajah ceria anak-anak. Insya Allah, hidup kita akan menjadi lebih indah.

- Prof. Dr Muhaya Hj Muhammad, Motivasi Keluarga, al-Ustaz, Volume 02, No 24 -
Share:

Thursday, April 24, 2014

Cerita Cinta : Ahmad Ammar

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Alhamdullilah, hampir separuh buku Cerita Cinta : Ahmad Ammar telah saya baca dan saya amat terkesan dengan buku tersebut. Nampak perlahan sahaja pembacaan saya kan? Sebabnya saya hanya membaca semasa menaiki LRT sahaja untuk mengelakkan kebosanan serta masa yang terbuang begitu sahaja.

Alhamdulillah, perancangan Allah itu indah dan terbaik untuk hambaNya kerana Allah telah menegur saya dengan mempertemukan saya dengan buku ini yang sedikit sebanyak telah memberikan kesan serta kesedaran kepada saya tentang niat asal saya sewaktu mengandungkan anak sulung saya, Amir Syukur serta kenapa dinamakan dengan 'Amir Syukur', tidak nama lain. Besar harapan serta cita-cita yang saya telah letakkan namun saya seakan ter'tidur' tanpa sedar tentangnya.


Saya tidak mengharapkan yang terlalu tinggi kepada anak saya yang sulung ini, Amir Syukur menjadi seperti Ahmad Ammar; namun ada sesuatu yang perlu beliau laksanakan bukan sahaja untuk dirinya sahaja, malah keseluruhannya.

Saya merasakan buku ini sewajarnya dibaca oleh seluruh umat Islam terutamanya mereka-mereka yang bergelar ibu mahupun bapa kerana ada intipati penting yang sangat berguna dalam mendidik generasi baru.

Wallahuaklam.
 
Share:

Wednesday, April 23, 2014

Tuesday, April 22, 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....
Share:

Senyum

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sumber : Google

Rasanya senyum adalah benda yang paling mudah sekali.
Sampaikan dijadikan lagu :

"Senyum...tak perlu kata apa-apa..."

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya..."

Tapi kenapa ada sesetengah daripada kita susah nak senyum?
Adakalanya, tanpa perlu berkata apa-apa, dengan senyuman sahaja, kita sudah mesra dengan sesiapa sahaja dan adakalanya juga, dengan senyuman, kita dapat memberikan kelegaan dan ketenangan kepada individu lain.
Namun, kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk senyum kembali kepada kita. Cuma apa yang boleh, kita ikhlaskanlah senyuman kita kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, status, keturunan mahupun bangsa. Dengan rasa ikhlas sewaktu memberikan senyuman, kita tidak mengambil kira samada mereka akan membalas balik senyuman kita atau tidak.
Janganlah kita meletakkan hukum kepada mereka dengan mengatakan mereka sombong dan sebagainya. Mungkin sewaktu kita memberikan senyuman tersebut, mereka tidak mengjangkakan senyuman tersebut kepada mereka dan mungkin juga mereka sedang memikirkan sesuatu yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Bersyukurlah kerana kita mampu tersenyum tatkala ujian melanda dan berpeganglah pada : setiap orang lain caranya.
Wallahuaklam
Share:

Monday, April 21, 2014

Alhamdulillah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, sekejap je dah hari Isnin. Rasa sekejap je cuti hujung minggu. Memang rasa tak puas.
Alhamdulillah, minggu lepas mama terima 3 berita kelahiran anak baru :

1. Sepupu mama di Johor
Nurin Irdina Umairah

2. Sahabat mama semasa sama-sama menuntut di Johor
(Maaf, tiada gambar)

3. Adik ipar mama
Nurin Sabrina

Alhamdulillah, ketiga-tiga melahirkan anak perempuan. Seronok je tengok mereka. ^_^

Wallahuaklam.
Share: