Friday, August 05, 2016

Doa pagi Jumaat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari.
Jom kita berdoa pagi Jumaat ini, semoga beroleh barakah di hari mulia ini. Insya Allah.


Wallahua'lam
Share:

Thursday, August 04, 2016

Doa dan Usaha

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
DOA DAN USAHA

Terdapat perbezaan yang besar antara berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dengan berdoa sahaja dan berharap ianya akan terjadi dengan sendiri. Itu sebabnya adanya formula berkaitan dengan DOA dan USAHA ini iaitu :

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = D.U.I.T

Bila adanya kesemua diatas, insya Allah, segala yang diimpikan akan tercapai. Tapi yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jika telah berusaha segala daya tapi tidak dapat seperti apa yang dihajati, periksa diri dan amal perbuatan kita. Mungkin ada cacat celanya di mana-mana. Jika semuanya telah dilakukan tetapi keadaan masih juga sama, anggaplah ianya adalah perkara yang terbaik buat kita. Ada juga beberapa perkara yang Allah simpan dan tidak diberikan kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baik dan serahkanlah segalanya kepada-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan redha Allah, insya Allah.

Wallahua'lam
Share:

Post yang ke 1000

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Petang semalam, kalau ada yang perasan, MPA ada post gambar di bawah ni :
Alhamdulillah, pejam celik dah 1000 rupanya post MPA dan ini merupakan post yang ke 1002. Serius, memang tak perasan. Bagi MPA pencapaian yang membanggakan juga sebab bukan senang nak beri komitmen untuk menulis sampai ke 1000 entri. Walaupun entri MPA kadang-kadang merapu, MPA tetap nak berterima kasih kepada semua yang sudi singgah ke sini. Sepanjang untuk buat entri sehingga ke 1000 itu, memang banyak kali MPA alami 'writer's block'. Tapi gagahkan juga membelek dan mencari idea untuk dijadikan entri. Dan sepanjang ini juga, MPA pernah menghilangkan diri seketika daripada blog ini.

Insya Allah, mudah-mudahan MPA dapat terus menyumbangkan sesuatu yang berguna untuk semua. MPA minta maaf untuk entri-entri MPA yang kadang merapu itu. Sebarang teguran, silalah PM MPA untuk MPA perbaiki diri. Banyak lagi nak kena belajar untuk memajukan diri ini. Mudah-mudahan MPA berkesempatan untuk belajar perkara-perkara yang baru dan dapat memberikan manfaat untuk semua.

Wallahua'lam
Share:

Wednesday, August 03, 2016

WW - Sabar dalam menuntut ilmu

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

SABAR DALAM MENUNTUT ILMU

Dari Yahya bin Abi Katsir rahimahullah, beliau berkata,

"Ilmu itu tidaklah didapatkan dengan jasad yang santai."

[Diriwayatkan oleh Muslim]
Share:

WW - Hidup ini ada pasang surutnya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
HIDUP INI ADA PASANG SURUTNYA

Kadang kita disayangi
Kadang kita dibenci
BIARPUN TANPA ALASAN
Biarpun tanpa sebab, YANG MUNASABAH

Jangan berkecil hati
Jika orang lain salah faham pada kita

Kerana ALLAH lebih faham
Akan isi hati kita.

Apabila kita REDHA
Pada sesuatu yang mengecewakan hati kita

Maka percayalah, ALLAH akan menggantikan
kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka
Share:

Tuesday, August 02, 2016

Bila pandai berselfie

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Suatu masa dulu, kalau nak ambil gambar Amir, memang payah. Kena ambil gambar curi-curi. Kalau dah nama gambar curi tu, ikut nasib la kan. Kalau rezeki ok, ok la jawabnya. Kalau tidak, sabar aje la.
MPA suka ambil gambar anak-anak dari masa mereka kecil. Sebab MPA confirm rindu dengan keletah dan gelagat mereka satu hari nanti. Rasanya bukan MPA saja, ramai ibubapa macam MPA juga. 
Semenjak MPA install Camera 360 di telefon MPA, macam-macam gambar & memek muka Amir buat dan selfie sendiri.
Tengokla hasil kreativiti anak bujang MPA ni.
Sebenarnya, bukan setakat muka dia je, muka MPA, suami MPA, pakcik makcik dia, malahan atok nenek dia pun tak terkecuali. Gemar betul dengan aplikasi Camera 360 ni.
Geli hati memang geli hati. Tapi had perlu diletakkan supaya tidak terlalu leka dengan gadget. Sebelum MPA benarkan Amir untuk mengambil gambar, MPA tutup dulu sambungan internet ke telefon sebab selepas kita ambil gambar atau video menggunakan aplikasi Camera 360 ni, kita boleh terus share ke aplikasi instagram, facebook, twitter dan pelbagai media sosial lagi. MPA perlu tutup sambungan internet supaya manala tau, Amir terambil gambar MPA dan ahli keluarga MPA yang tidak menutup aurat dan kurang sesuai untuk pandangan umum, kan susah nanti tu. 

Aplikasi Camera 360 ini banyak filter tambahan yang boleh membuatkan gambar yang kita ambil seakan menggunakan kamera kompak atau DSLR. Bagi mereka-mereka yang kurang pakar dalam penggambilan gambar, jika bijak menggunakan dan memilih pilihan yang baik, insya Allah gambar yang diambil seakan gambar yang diambil oleh mereka yang pakar. MPA pernah cuba beberapa aplikasi kamera yang lain untuk telefon MPA, tetap aplikasi Camera 360 yang memuaskan hati MPA.

Aplikasi apa yang sahabat-sahabat MPA suka guna dalam pengambilan gambar?
Jom kongsi dengan MPA.

Wallahua'lam
Share:

Monday, August 01, 2016

Selamat datang bulan Kemerdekaan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Selamat datang bulan Ogos dan selamat tinggal bulan Julai. Cepat betul masa berlalu. Bulan Syawal bakal berakhir beberapa hari lagi. Bulan Ogos pula selalunya dikaitkan dengan kemerdekaan negara kita. 
Insya Allah, hujung bulan ini kita akan meraikan Hari Kemerdekaan Negara kita untuk kali yang ke-59. Tak lama lagi mesti ramai yang mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana saja, baik di bangunan, rumah mahupun di kenderaan. Itulah unik dan indahnya rakyat Malaysia ini. Seronok rasanya bila dapat duduk semeja dengan pelbagai agama, budaya dan bangsa. Selain boleh bertukar-tukar pandangan, dapat juga kita pelajari perkara-perkara baru. Mudah-mudahan kemerdekaan yang kita kecapi akan berkekalan. 
Wallahua'lam
Share: