Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Semalam kan mama pergi majlis sempena 75 tahun penubuhan tu kan. Alhamdulillah, mama dapat voucher Jusco bernilai RM 75. Yela kan, sempena 75 tahun. Alhamdulillah, rezeki Amir tu, bukan mama. Dah rancang-rancang buat belanja beli baju Amir je tu. Tapi nak tunggu awal tahun depan. Kenapa yer?
Sebab setiap tahun, syarikat tempat mama kerja ni adakan new year party yang mana setiap pekerja akan dapat hadiah berdasarkan cabutan bertuah. Setakat mama kerja kat sini selama 3 tahun ni belum dapat lagi voucher Jusco. Kalau dapat tahun depan ni, bole la ajak papa pergi cari barang Amir dan papa sekali.
Wallahua'lam