Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Minta maaf sahabat2 alam maya, mama tak dapat nak blog walking sangat blog korang.
Isnin lepas papa tak sihat, mama terpaksa EL jaga papa sebab papa demam urat, satu badan rasa sakit2. Papa nak g klinik sendiri pon xlarat. Terpaksa mama EL nak bawak papa g klinik. Sekali check, suhu papa 41deg C. Tinggi sangat tu sampai papa kena ambil injection untuk kurangkan panas badan.
Harini mama EL lagi. Amir pulak demam. Dari pukul 2pg dah mula panas badan dia dan dah mula merengek. Tidur pon tak lena. Kali ni dia demam tak nak berenggang dengan mama. Dengan papa dia pon dia tak nak. Makan minum semua Amir tak nak.
Siang sikit bawak g klinik. Check dengan doktor, suhu Amir pon tinggi, 40deg C. Kena masuk ubat ikut bawah. Ni dia baru tidur dan mama bole rehat sikit. Ingat mama nak lelap jap tapi keja banyak, tahanla dulu mata ni sat. Kalau dah tak lalu kang, tutup la mata jap kasi rehat.
Apa2pon mama doakan semoga Amir cepat sembuh. Mana2 anak sahabat blogger mama yang tak sihat, mama doakan semoga cepat sembuh. Insya Allah. Aamiin.
Wallahua'lam