Mama baru dapat berita dari sahabat-sahabat yang Cameron Highland banjir kilat. Bila mama google Malaysia Kini, memang betul berita ni. Dikatakan hujan lebat berterusan bermula dari jam 7 petang semalam. Akibat empangan di Ringlet menampung terlalu banyak air, pihak berwajib terpaksa melepaskan lebihan air yang menyebabkan banjir kilat di pinggir Sungai Bertam.
Semoga sahabat-sahabat kita di Cameron Highland berada di dalam keadaan baik-baik belaka serta diberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan dalam menghadapi ujian daripada Allah. Insya Allah.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)