Thursday, October 31, 2013

My Last Day

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Terkejut tak tengok tajuk entri mama. Hehe.
Memang harini last day mama tapi bukan sebagai blogger, baru start kot, baru nak berjinak-jinak.
Takkan nak last day.

Mama sebenarnya kerja kat site kat area KL. Adatla bila kita kerja kat site, bila habis je kontrak, jadi kenala kemas-kemas barang dan balik. Insya Allah, harini akan menjadi hari terakhir mama kat site KL sini. Mulai esok, mama kena balik HQ mama dekat Damansara Utama sana. Alhamdulillah, mama ditempatkan di bahagian HR and Admin. Namun begitu, perjalanan mama akan bertambah jauh dan masa akan bertambah lama untuk mama pergi dan balik kerja.

Sebenarnya dalam sebulan ni kami sibuk packing-packing barang. Mulanya packing barang stor, Alhamdulillah dah selamat balik ke HQ. Kemudian fail-fail yang dah tak diperlukan lagi. Komputer pun dah mula dipacking untuk dibawa balik tapi tak semua la. Kalau semua, camne pulak nak buat kerja. Barangan peribadi hujung minggu yang baru lepas ni kami dah selamat bawak balik dah.

Site ni syarikat mama mula ambila alih pada Ogos 2010. Bayangkan selama 3 tahun ni kami bersama-sama dah macam keluarga. Kalau pergi mana-mana, tak pernah lupa nak belikan apa-apa buah tangan. Bila birthday anak-anak, kami saling bertukar-tukar cenderahati bersama kawan-kawan mama. Mana yang ada kebun buah kat kampung, kadang-kadang bawakkan buah ke pejabat berkongsi bersama-sama.

Lepas ni masing-masing bawa haluan masing-masing. Ada yang join syarikat baru yang ambil alih site ni, ada yang ditempatkan di site lain tapi masih bekerja di bawah bumbung yang sama dengan mama, dan ada yang join syarikat yang lain.

Alhamdulillah, mama bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka- sebab banyak yang mama belajar dari mereka. Daripada mama tak tahu langsung apa-apa pasal teknikal, mama dah tau sikit-sikit serta dah kenal sikit-sikit barang-barang teknikal.

Insya Allah, mama takkan lupakan kenangan bersama mereka. Ada rezeki, insya Allah mungkin boleh diusahakan reunion.

Sahabat-sahabat semua mohon doakan ye urusan mama dipermudahkan di tempat baru. Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam

Share: