Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Saya lihat seorang alim.
Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam.
Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.
Dalam pukul 4.45 pagi, semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.
Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat Subuh.
6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.
Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang;
100 kali tasbihat, 100 kali selawat, 100 kali istighfar.
Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya.
Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil, menyanyi sejak kecil,
pandai matematik sejak kecil dan pandai menari sejak kecil.
Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah.
Bila iman lemah, orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.
Ya Allah, umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis.
Ya Allah, apalah yang aku cari dalam dunia ini.
Wahai diri, berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya.
Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu.
Ebit Lew