Sunday, May 11, 2014

Aktiviti hujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Harini sahabat-sahabat mama ke mana ye habiskan masa berkualiti bersama keluarga?
Mama pagi tadi ke tasik sekejap bawa Amir berjalan-jalan hirup udara segar.
Dalam tengahari, projek menjahit lace di hujung baju. Lace beli semalam kat kedai Bunga Reben, Jalan TAR. Rasa macam kosong je baju, beli lace, jahit sendiri. Hehe

Tengahari tak masak sebabnya adik yang kecik nak masak pasta harini. Italian la kami harini. Hehe.


Petang, ajak papa pergi beli kain ela. Alhamdulillah, dapatla 3 pasang, satu mama, satu mak mama & satu untuk mentua mama. Beli ikut kemampuan. Jadila untuk raya.
Rasanya itu je aktiviti istimewa kami hari ini. Yang lain-lain seperti biasa saja. Esok dah mula kerja. Jadinya kenala selesaikan urusan yang sepatutnya dan tidur awal malam ini. 
Insya Allah, mama nak berpuasa esok. Jom kita puasa esok sempena bulan Rejab dan menggantikan puasa mana-mana yang belum berganti. ^_^
Wallahuaklam
Share: