Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Jururawat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat pagi semua.

Tadi masa tengah drive, mama dengar radio. Deejay bagitahu yang hari ini hari jururawat ye.
Oleh itu, mama ucapkan Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat diseluruh dunia.


Semoga menjadi jururawat yang berdedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
 Terima kasih banyak-banyak kerana melayan kerenah kami yang memang banyak kerenahnya.

Dulu-dulu, jururawat garang-garang. Salah sikit, mau bergegar satu klinik dengar suara jururawat.
Alhamdulillah, jururawat sekarang dah la manis-manis, layanannya pun mesra.
Apapun, kita sebagai pesakit, jangan menyusahkan sangat jururawat ye, sebab bukan kita je pesakit yang ada, ramai lagi pesakit yang mesti dilayan oleh jururawat.

Selamat Pagi & Selamat Hari Jururawat!

Share: