Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Innalillahi wainnailaihi rajiun
Semalam petang kita semua dikejutkan dengan pemergian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan bakal dikebumikan di Makam DiRaja, Kuala Kangsar. Salam takziah buat seluruh rakyat Perak.
Dalam lebih kurang masa yang sama, keluarga mama turut dikejutkan dengan pemergian baby yang bakal dilahirkan oleh sepupu mama genap 39 minggu.
Semasa pemeriksaan rutin ibu mengandung, sepupu mama discan oleh doktor dan disahkan tiada degupan jantung baby lagi.
Sememangnya luluh dan sayu hati si ibu bila mendapati baby yang bakal dilahirkan hanya bila-bila masa saja telah tiada lagi. Lebih sayu bila ingin menyampaikan berita kepada seluruh ahli keluarga.
Sejujurnya, menitik juga air mata bila berita disampaikan. Apa yang boleh mama buat, mama berikan kata-kata semangat dan kekuatan sebab kalau diikutkan, hari ini dijadualkan sepupu mama bersalin secara induce untuk keluarkan baby yang telah meninggal.
Walau apapun, dugaan Allah pada hambaNya yang mampu dan dugaan serta ujian Allah adalah sebagai tanda kasih sayang dan ingatan daripadaNya.
Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian. Insya Allah, aamiin.
Wallahuaklam.