Alhamdulillah.
Patutnya mama tengah kemas baju ni, tapi curi masa sikit update header dan entry. Hehe
Sempat lagi. Buat simple-simple je. Tak boleh nak kreatif sangat dah sebab takut benda lain terbengkalai.
Alhamdulillah, semalam papa dapat voucher berbuka di Hotal Bangi-Putrajaya.
Sebenarnya vocuher tu dapat dari hari Isnin lagi sebab papa ada training kat UniKL Bangi.
Tapi semalam petang, ada sorang kawan dia yang dapat tak dapat pergi dan kasi voucher tu pada papa.
Alhamdulillah, rezeki Allah datang dari arah tak tersangka.
Apa lagi, mama terus telefon hotel tu dan booked sekali.
Alhamdulillah, ada lagi tempat kosong. Tapi disebabkan lambat booked, kami dapat seat yang kat luar.
Takpela, sambil-sambil menikmati keindahan alam. Hihi
Biasala hotel, macam-macam hidangan yang ada.
Tak sempat nak amik gambar sebab mama tak berapa sihat sebenarnya, tekak perit dan demam.
Apa-apapon, secara keseluruhan, memang berpuas hati dengan layanan dan makanan kat sini.
Okla semua, mama nak kemas beg la. Nanti berkesempatan mama update story lagi yer.