Alhamdulillah, Salam Nuzul Quran semua.
Info ini mama dapat hasil daripada forward message WhatsApp sahabat mama :
Sejarah NUZUL QURAN
Al-Quran mengalami sebanyak TIGA KALI peringkat penurunan.
Peringkat PERTAMA ialah dari ALLAH ke LOH MAHFUZ. Pada peringkat ini Al-Quran turun secara SEKALIGUS. Bagaimana ia diturunkan, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah.
Peringkat KEDUA ialah Al-Quran turun dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Pada peringkat ini juga Al-Quran turun secara SEKALIGUS, ia berlaku pada SATU MLM SHJ, iaitu MALAM LAILATUL QADAR pada bulan RAMADHAN, dalilnya ialah ayat dalam surah AL-Qadr (inna anzalnahu fi lailatil qadr = sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam lailatul Qadar).
Penurunan yang berlaku pada bulan Ramadan dan pada malam lailatul qadar ialah pada peringkat KEDUA, iaitu dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia).
Seterusnya pada peringkat KETIGA ialah Al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah ke DALAM HATI NABI MUHAMMAD SAW yang memakan masa selama 23 TAHUN, iaitu selama 13 tahun ketika era baginda berdakwah di Makkah dan 10 tahun ketika era baginda berdakwah di Madinah.
Pada peringkat ini Al-Quran turun secara sedikit demi sedikit atau secara BERSELERAK, ayat demi ayat, surah demi surah mengikut peristiwa dan isu atau kes yang berlaku dalam masyarakat pada waktu itu.
Ayat pertama yang diturunkan ialah IQRAK (surah Al-Alaq 1-5) semasa baginda sedang mengasingkan diri di Gua Hirak. Ayat pertama ini diturunkan pada 17 RAMADHAN tahun ke-41 dari kelahiran baginda, atau ketika usia baginda 40 TAHUN. Ia diturunkan melalui perantaraan MALAIKAT JIBRAIL.
Tarikh 17 RAMADHAN ini diambil sempena wahyu yang mula-mula turun ke atas baginda, yang kemudiannya dinamakan NUZUL QURAN.
Subhanallah, perancangan Allah begitu indah hanya untuk menyampaikan perintah dan suruhanNya kepada kita. Kita sebagai hambaNya semestinya kena selalu rujuk manual hidup kita agar tidak melanggar perintah daripada Tuan kita.
SEMOGA BERMANFAAT!!
Wallahua'lam