Tuesday, July 08, 2014

Jangan Marah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Ramadhan yang ke-10.

Selamat berpuasa dan beribadah.

Mama tertarik untuk berkongsi :

Sumber : Facebook

Dalam tengah-tengah puasa ni, ada antara kita ni cepat je nak marah atau dalam bahasa sekarang HANGIN.
Salah dan silap sikit je, terus meletup. Contohnya semasa memandu, ada yang potong line. Betul tak?

Bawak banyak bersabar ye sahabat-sahabat semua lagi-lagi bulan Ramadhan ni.
Sayang pada pahala puasa kita tu, penat je berpuasa takut-takut penghujungnya tiada nilai disebabkan marah dan kata-kata yang tak elok terkeluar.

Ada sebab kenapa kita berada disituasi tersebut. Sebabnya Allah sedang uji kita, samada boleh kawal kemarahan atau tidak.
Dan setiap manusia adalah berbeza dari segi rupa paras mahupun akal fikiran.
Kalau semua sama je, mesti boring kan? Takde variasi pon.

Jadinya, terima segalanya seadanya dan berlapang dada. Kalau rasa-rasa tak kena pada diri kita, berterus terang dengan cara yang baik, bawak berbincang, bukan dengan marah mahupun makian.

Sebab dipenghujungnya, kita masih boleh bertegur sapa dan senyum mesra walaupun sebelumnya ada perselisihan sedikit tapi dalam selesai dengan cara yang baik. Betul tak?

SALAM RAMADHAN

Wallahua'lam 
Share: