Pada yang duduk sama dengan mak ayah tu macam mama ni, rasa kalau mana yang kita nampak kurang dah tu, kita terus je beli sebab dah selalu kita nampak. Tapi pada yang tidak tu, mungkin bolehla tanya-tanya, takpun sekali sekala ziarah mak ayah tu, kita jeling-jeling, tengok-tengok barang dapur mana yang kurang, terus kita zass pergi kedai beli. Kadang-kadang mak ayah ni tak nak cakap pada anak-anak apa yang kurang. Jadinya kita ni sebagai anak-anak, jom kita jadi prihatin sikit dengan keadaan mak ayah.
Pada adik beradik pon sama. Kita yang ada rezeki lebih sikit ni, kalau rasa tak nak bagi direct dalam bentuk duit pada adik beradik, kita boleh belanja makan ke ataupun belikan kain baju untuk anak-anak diorang ke. Yela, dulu masa kita kecik-kecik, apa yang ada kita kongsi sama-sama, sama-sama rasa. Jadi bila dah besar ni, apa kata kita buat benda yang sama.
Insya Allah, perhubungan kita dengan mak ayah dan adik beradik kamceng lagi berbanding sebelum ni.
Mama pesan pada diri mama juga sebab mama masih ada mentua dan tak semua orang ada untung nasib yang sama. ^_^