Alhamdulillah...
Lambat btol nak mengarang. Akibat cuti 3 hari, liat btol idea ni nak mai.
Tambahan pulak mama tengah sibuk compile untuk latihan kebakaran.
Sumber : Google
Tempat kawan-kawan dah mula latihan kebakaran ke?
Mama baru start compile Fire Warden & Deputy Fire Warden.
Sesiapa yang terlibat, mesti tau betapa peningnya. Ada yang senang, ada yang pening.
Dapat yang senang, Alhamdulillah...best nyer
Tapi dapat yang pening, bertabah dan bersabar jerla.
Kenapa kena ada Latihan Kebakaran?
Sebabnya kebakaran boleh berlaku bila-bila masa.
Jadinya, bila adanya latihan kebakaran ni, semua orang tahu tindakan yang perlu diambil.
Kalau tak pernah buat, tiba-tiba terjadi kebakaran, mau semua kelam-kabut dan mesti ada perkara tak diingini berlaku macam tolak-menolak masa turun tangga dan macam-macam lah boleh jadi. Betul tak?
Itulah fungsinya ada Fire Warden, Deputy Fire Warden, dan lain-lain.
Leceh jugak nak buat latihan kebakaran ni. Yela, surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan macam DBKL, MPK dan lain-lain, pihak Bomba, Polis dan Ambulans. Semua tu kita kena mintak kebenaran dan mohon perkhidmatan mereka.
Apa-apapun, bersusah untuk kesenangan kita jugak kan.
Jadinya, kepada yang sibuk juga tengah uruskan latihan kebakaran dan kepada yang bakal,
mama doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan yer.
Insya Allah, aamiin
Wallahua'lam