Thursday, August 28, 2014

Trip ke Penang - Part 1

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah.
Dah hari Khamis dah. Hujung minggu ni hujung minggu yang panjang. Semua dapat cuti 3 hari, tak kesahla cuti jatuh hari Jumaat - Sabtu ke, Sabtu - Ahad ke. Kan...kan??
Dah planning ke cuti panjang ni nak kemana?
Mama pernah cerita mama ada projek hujung bulan ni, projeknya mama sekeluarga akan ke Penang. Yeye
Sumber : Google
Jauh gak tu. Pergi pon sebab Company Family Day. Kalau saja-saja, lom tau lagi la.
Insya Allah, mama akan gerak dari KL hari Sabtu pagi dan balik ke KL semula hari Isnin.
Maksudnya, mama sekeluarga sambut merdeka kat Pulau Pinang tahun ni.
Apa-apapun, ni rezeki Amir merasa pergi ke Pulau Pinang. Mama dan Papa sekadar menumpang je.
Ikut pada aturcara, hari Ahadnya tu (Hari Merdeka), mama akan pergi ke Escape Theme Park, Penang.
Sumber : Google

Mama dah tanya En Google. En Google cerita ini theme park, bukan water park ok.
Maksudnya, bukan tempat mandi manda, tapi tempat mandi peluh. Wohoho.

Sumber : Google

Bersedia untuk lencun dengan peluh la ni yer. Cer tengok promo ni yang mama dapat dari Acik Youtube.

 

Aduhai, nak kata mama ni kategori gayat tu, tidaklah sangat tapi sikit-sikit tu bolehla. Hehe
Kesimpulannya, sini tempat untuk menikmati alam semulajadi.

Bawak Amir, jadinya tumpuan memang untuk Amir bersukaria.
Mungkin gilir-gilir kot dengan Papa Amir untuk main apa yang ada kat sini. Hehe
Nak la jugak merasa, bukan selalu pergi pon kan.

Jadi, maksudnya di sini, hari Sabtu (kalau sampai awal) dan hari Isnin (hari balik ke KL) adalah aktiviti bebas. Kepada sahabat-sahabat mama kat sini, mungkin boleh cadangkan pada mama mana tempat yang best kat Penang yang harus mama pergi dan cadangkan juga pada mama makanan serta tempat makan yang best kat Penang. Papa suka jalan-jalan cari makan tapi dia belum sempat nak survey lagi.
Tolong yer cadang-cadangkan. Kalau mama sempat, insya Allah mama akan pergi.

Share: