"Wahai anak Adam, kalaulah dosamu memenuhi langit, lalu kamu memohon ampun pada-Ku,
nescaya Aku akan ampuni seluruh dosamu dan Aku tidak peduli sebanyak apapun dosa tersebut"
(Hadis Qudsi Riwayat Tarmidzi)
Subhanallah, Maha Suci Allah. Begitu pemurahnya Allah sehinggakan dosa sebanyak manapun akan diampuni, dengan syarat kita memohon ampun kepadaNya.
Sebenarnya, banyak juga dosa yang kita lakukan samada dalam keadaan kita sedar mahupun tidak. Terasa begitu kerdilnya kita. Namun begitu, Allah tetap mahu memberi pengampunanNya kepada kita.
Jadi, selagi pintu pengampunanNya masih terbuka, marilah kita bersama-sama merebut peluang memohon keampunan daripada Allah sebab kita masih tidak tahu sehingga bila kita masih ada peluang ini. Mudah-mudahan, pengampunan kita akan diterima Allah, insya Allah.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)