Friday, October 07, 2016

Sedekah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah, hujan melanda di awal pagi hari ini di tempat MPA. Tempat sahabat bagaimana? 

Di hari Jumaat, penghulu segala hari ini, banyak betul perkara sunat yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah sedekah.


"Tidak akan berkurang harta dengan SEDEKAH"

[Hadis Riwayat Muslim: 2588]

Sedekah yang diberikan dengan ikhlas, niat hanya kerana Allah, akan diberikan ganjaran yang sewajarnya, tidak kira berapa banyak nilai sedekah itu. Sedekah juga dapat menyucikan harta kita sebab sebahagian daripada apa yang diperoleh, ada hak orang lain di dalamnya.

Semoga amal kebaikan yang kita lakukan pada hari ini dan istiqamah untuk hari-hari yang berikutnya mendapat redha dan keberkatan daripada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: