Monday, October 17, 2016

Quotes (22) - Dijamin rezekinya

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Dijamin rezekinya

"Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi ini; melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya"
Semua makhluk Allah dijamin rezekinya masing-masing, hatta semut dan cacing sekalipun. Cuma yang membezakan jenis dan kemewahan rezeki masing-masing. Ada yang dimurahkan rezeki daripada sudut anak-anak, harta kekayaan, ahli keluarga yang budiman dan pelbagai lagi. Masing-masing ada bahagian rezeki masing-masing. Tidak perlu wujud rasa dengki dan cemburu dengan rezeki orang lain sebab kita tidak tahu apa yang telah dilalui olehnya. Bersyukur dan hargailah sebaiknya rezeki yang ada di tangan kita kerana apa yang kita ada, tidak semestinya ada pada orang lain.
Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: