AFB Feed

Monday, November 20, 2017

Tips tinggalkan rumah sebelum bercuti

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sekolah tinggal beberapa hari saja akan berakhir. Mana-mana yang ada anak bersekolah, rasanya anak-anak dah mula 'lemau' je nak ke sekolah. Kalau masih bersemangat lagi, memang terbaiklah.

Anak MPA, Amir yang tadika ni pun dah mula 'lemau'. Siap kira kat kalendar bila sekolah akan berakhir. Bangun pagi pun dah mula liat. Tapi bila sebut nama kawan baik dia, Azamuddin, terus semangat. 

Bila cuti sekolah panjang ni, rasanya ramai yang akan samada balik ke kampung ataupun pergi bercuti. Seronok tu sekali sekala menghabiskan masa bersama keluarga. 

Tapi dalam seronok nak bercuti tu, jangan lupa keselamatan rumah yang ditinggalkan. Di sini MPA suka nak kongsikan beberapa tips yang berguna sebelum kita meninggalkan rumah. Antaranya :
  1. Minta bantuan jiran, rakan ataupun saudara mara yang berhampiran untuk membantu menjaga rumah kita.
  2. Minta bantuan pengawal keselamatan kawasan perumahan kita ataupun beritahu pihak polis tentang ketiadaan kita. Mungkin tidak perlu selengkapnya. Cukuplah sekadar tempoh ketiadaan dan juga jangkaan masa tiba di rumah.
  3. Sebolehnya elakkan berkongsi atau mengumumkan percutian kita di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Walaupun majoritinya sahabat dan kenalan kita, tidak mustahil orang asing boleh mengakses status yang kita muat naik.
  4. Tinggalkan tirai sepertimana kebiasaan hari-hari biasa. Jangan tutup tirai jika kita biasa membukanya sebab mudah dijangka tiada orang di rumah.
  5. Pasang pengatur lampu automatik ataupun timer untuk lampu. Ianya akan membuatkan lampu menyala dan terpadam mengikut masa yang telah kita tetapkan. Ini dapat membantu menunjukkan rumah yang seakan ada penghuni walaupun pada hakikatnya ianya kosong.
  6. Minta bantuan jiran untuk menyimpan sementara surat atau barang yang sampai ke alamat kita. Surat dan barang yang banyak dihadapan rumah boleh mengundang kejadian jenayah seperti pecah rumah.
  7. Jangan lupa untuk mencabut semua plug di dalam rumah. Selain menjimatkan tenaga elektrik dan wang, sebenarnya banyak barang elektronik masih mengambil tenaga walaupun dalam keadaan mati.
  8. Jangan simpan kunci tambahan di lokasi yang biasa kita letakkan seperti bawah pasu, dalam kasut dan sebagainya. Dibimbangi ada yang pernah ternampak dan sudah mengetahui tentang lokasi tersebut. Cari lokasi baru dan buat peringatan tentang lokasi baru tersebut. Jangan terlupa pula.
Itu antara tips yang dapat MPA kongsikan. Sahabat semua ada lagi tips? Jom komen dan kongsikan dengan semua. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab