Thursday, December 31, 2015

Sorotan sepanjang 2015

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah. 
Insya Allah, tepat 12 tengah malam nanti kita akan melangkah ke tahun 2016. Banyak cabaran, halangan, ujian mahupun kejayaan, kebahagiaan dan pencapaian yang kita tempuh untuk tahun 2015 ini.

Untuk MPA sendiri, memang banyak ujian buat diri MPA dan keluarga. Antaranya MPA tinggal di wad sebulan lebih disebabkan masalah kehamilan, berita anak yang dikandung MPA ada masalah, adik MPA dinasihatkan untuk berhenti kerja disebabkan syarikat hendak mengecilkan margin dan pelbagai lagi.

Walaupun begitu, setiap ujian, ada hikmah yang tersembunyi yang adakalanya tak terjangkau dan tercapai dek akal kita ini. Antara hikmah yang MPA dan keluarga peroleh ialah kami lebih berusaha mendekatkan diri kepadaNya, kami lebih bersabar, tabah dan redha dalam menghadapi ujian daripadaNya. Untuk MPA sendiri, MPA lebih banyak belajar bersabar dan kawal diri untuk sentiasa positif dalam apa jua yang ditempuhi.

Alhamdulillah, pada 2015 ini juga satu-satunya adik lelaki MPA telah disatukan dengan jodohnya dalam majlis yang sederhana pada bulan Februari dan tahun ini juga, Amir telah menjadi abang pada bulan Oktober.

Tidak dinafikan, tahun 2015 juga dapat dilihat tahun merundum buat blog ini. Blog ini menjadi berhabuk dan bersawang. Sedih betul MPA tapi apakan daya, MPA memang tak dapat nak berikan komitmen. Insya Allah, mudah-mudahan tahun 2016 memberikan sinar pada blog ini. Banyak yang nak diceritakan sepanjang ketiadaan MPA. Insya Allah, MPA cuba ceritakannya perlahan. Harap tak jemu la yer.

Okla, rasanya ramai yang menanti detik 12 malam ini untuk meraikan tahun baru. Walau dimana pun kita menyambut, jaga tatasusila, adab sopan dan batasan agama kita. MPA tahun ni sambut kat rumah bersama baby MPA dan Amir je. En Suami kerja dan balik lewat harini.

Jom kongsi dengan MPA sorotan tahun 2015 sahabat semua.

Share: