Saturday, February 13, 2016

Adakah kamu membenci seseorang?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Adakah kamu membenci seseorang?

Sumber : google

Seorang guru taska mengajak anak didiknya untuk bermain satu permainan. Guru tersebut meminta anak didiknya untuk membawa plastik yang mempunyai beberapa biji kentang.

Setiap kentang tersebut akan diberikan nama mengikut siapa yang mereka benci. Jadi, jumlah kentang yang akan mereka bawa bergantung kepada berapa ramai orang yang mereka benci.

Pada hari yang telah ditetapkan tiba, setiap kanak-kanak tersebut telah membawa beberapa biji kentang berserta dengan nama orang yang mereka benci. Ada yang membawa 2 biji, 3 biji dan ada juga yang membawa 5 biji kentang.

Kemudian, guru tadika tersebut meminta anak muridnya membawa bersama mereka kentang-kentang itu kemana jua mereka pergi, walaupun ke dalam tandas, selama satu minggu.

Hari berganti hari, kanak-kanak tersebut mula mengadu bahawa mereka mula berbau kurang enak akibat kentang mereka yang mulai busuk. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai 5 biji kentang, mereka perlu membawa beg plastik yang berat kemana jua mereka pergi.

Selepas seminggu berlalu, kanak-kanak tersebut merasa lega kerana permainan akan berakhir.

Guru mereka pun bertanya,
"Apa yang kamu rasa apabila kamu perlu membawa kentang bersama kamu walau ke mana kamu pergi selama seminggu?"

Anak didik guru tersebut melepaskan rasa kecewa dan meluahkan masalah yang mereka hadapi iaitu membawa kentang yang berat dan berbau kemana saja mereka pergi.

Kemudian, guru tersebut memberitahu maksud disebalik permainan itu, "Inilah keadaan sebenar apabila kamu mempunyai rasa benci kepada seseorang di dalam hati kamu. Rasa benci itu akan mencemari hati kamu dan mengikut kamu kemana jua kamu pergi. Jika kamu tidak mampu bertahan dengan bau busuk kentang itu, bayangkan bagaimana agaknya rasa benci tersebut berada di dalam hati kamu sepanjang hayat kamu?"

Marilah kita sama-sama membuang rasa benci yang ada di dalam hati supaya kita boleh merasa tenang sepanjang kehidupan kita. Kemaafan adalah sikap yang terbaik yang perlu kita lakukan. Kemaafan adalah dendam yang terindah.
Share: