Tuesday, August 01, 2017

Welcome August

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah


Dah masuk bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat negara kita. Bermakna semakin kita ke hujung tahun 2017. Cepat betul masa berlalu. 

Alhamdulillah, bulan Syawal pun dah berakhir. Sekarang musim orang mula ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu Haji.

Alhamdulillah, jiran bawah rumah MPA, suami isteri terima tawaran menjadi tetamu Allah. Insya Allah, esok akan berlepas ke sana. Rakan sekolah sebaya dengan MPA juga ada terima tawaran. Kalau tak silap, dia berlepas hari ini.

Seronok dengar orang berpeluang ke sana. Cemburu juga bila muda-muda dah berpeluang menjadi tetamu Allah. Bukan mudah nak menjadi tetamu Allah ni. Sebab ramai sangat-sangat yang nak.

Tapi yela, rezeki masing-masing. Rezeki kita tak tau pula bila. Walaubagaimanapun, banyakkan berdoa, mudah-mudahan kita juga dapat rezeki yang sama untuk tahun-tahun mendatang.

Kita juga boleh juga minta tolong bakal tetamu Allah mendoakan kita mempunyai rezeki menjadi tetamu Allah untuk tahun-tahun yang akan datang.

Mana tau, doa bakal haji dan hajjah dimakbulkan Allah. Walau apapun, teruskan percaya yang rezeki Allah tidak pernah salah alamat dan akan tiba tepat pada masanya, insya Allah. 

Kepada bakal haji dan hajjah, semoga dipermudahkan urusan kalian di Tanah Suci Mekah, semoga memperoleh haji yang mabrur serta semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air. Insya Allah

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: