Wednesday, October 11, 2017

Ajar anak tidur yang cukup

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Tidur adalah salah satu nikmat Allah yang tak dapat dinafikan keperluannya. Bila bangun je dari tidur, selalunya terasa badan dan minda segar. Kalau yang sedang marah, boleh reda rasa marah dalam hati sebaik saja bangun tidur.

Tidur bukan hanya diperlukan pada orang dewasa.  Kanak-kanak dan bayi pun perlukan tidur yang berkualiti. Kalau tidak, meragam je la nanti.

Bagi MPA, setiap anak ada gaya dan cara tidur tersendiri. Anak MPA, Amir paling senang nak tidur sewaktu dia masih kecil. Bawa saja ke mana, majlis perkahwinan, kenduri-kendara, sampai saja masa untuk tidur, dia sendirinya akan cari tempat untuk tidur seperti di pangku, riba, mahupun bahu MPA ataupun suami.

Berbeza dengan anak MPA seorang lagi, Ain. Ain memang susah nak tidur bila dibawa berjalan. Bila dia dah penat dan boring, tiada kawan bermain, baru dia akan tidur dengan lena. Tapi Ain sensitif dengan bunyi suara Amir, daripada lena boleh terus bangun.

Walaubagaimanapun, MPA jaga dan ambil kira berapa lama dan berapa kali anak-anak MPA tidur. Kenapa? Sebab MPA perasan, bila anak-anak MPA kurang tidur, sedikit sebanyak akan beri kesan pada tahap kesihatan diorang. Diorang akan mula selsema, batuk dan demam.

Ada juga beberapa ibubapa yang MPA kenal, tak ambil berat dan kisah langsung tentang tidur anak-anak. Memang betul diorang nampak sihat dan cergas, tapi untuk jangka masa panjang, kita tidak tahu kesihatan mental diorang macamana pulak. Ya tak?

Disini MPA kongsikan beberapa tips untuk mengajar anak tidur dengan cukup :
  • Untuk bayi, kenalpasti tanda bayi mengantuk seperti menggosokkan mata, menghisap ibujari, mahupun kelopak mata yang mula membengkak. 
  • Layan dan galakkan anak untuk tidur seperti mendodoi, berzikir dan menepuk-nepuk anak dengan lembut.
  • Wujudkan suasana 'mesra tidur' seperti memasang lampu yang malap dan mengurangkan bunyi-bunyian.
  • Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten seperti tidur sebentar di siang hari.
  • Tetapkan masa menonton televisyen dan juga bermain sebelum tidur.
  • Lakukan aktiviti rutin yang santai sebelum tidur di bilik anak-anak seperti membaca buku cerita dan juga berdoa.
  • Elakkan anak-anak mengambil makanan berat sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
Itu antara tips yang boleh MPA kongsikan dengan semua. Semoga bermanfaat bagi ibubapa yang sedang mengajar anak untuk tidur dengan cukup. Mungkin ada tips lagi yang sahabat MPA ingin kongsikan dan tokok tambah lagi. Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: