Friday, November 10, 2017

Tips Menghadapi Peningkatan Kos

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Saban tahun, kita memang tak pernah terlepas daripada merasai bahang peningkatan kos. Setiap tahun kos akan terus meningkat dan semestinya tidak akan menurun. Nak atau tidak, kita mesti menghadapinya juga tapi macamana?

Di sini MPA kongsikan beberapa tips untuk menghadapi peningkatan kos yang kerap meningkat ini. 
  1. Buat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum keluar berbelanja. Bezakan antara kehendak dan keperluan supaya tidak berlaku pembaziran di kemudian hari.
  2. Bagi ulat buku, mungkin boleh berkongsi majalah atau bahan bacaan lain dengan rakan-rakan atau bergilir-gilir membeli untuk menjimatkan perbelanjaan. Ataupun boleh juga membaca buku tersebut di perpustakaan.
  3. Kepada yang minat melancong ke luar negara, mungkin boleh beralih arah melancong di dalam negara saja bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan aliran wang ke luar negara.
  4. Bagi yang melanggan dengan stesen televisyen berbayar, fikirkan semula adakah semua saluran yang dilanggan itu akan ditonton? Sekiranya masa kita berada di luar lebih lama, jangan langgan pakej yang tidak ditonton.
  5. Elakkan belian secara kredit dan amalkan belian tunai untuk mengelakkan bebanan tambahan.
  6. Bawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan, semestinya lebih bersih dan khasiatnya lebih terjamin.
  7. Bagi yang gemar dengab barangan berjenama dan mewah, inilah masanya untuk beralih tumpuan kepada barangan tempatan. Barangan tempatan bukan saja setanding dengan produk import dan berjenama, malah harganya lebih murah.
  8. Amalkan menyemak kandungan bil utiliti seperti bil elektrik, air, internet dan sebagainya setiap bulan. Semak sebelum membuat bayaran sebab dibimbangi terdapat kesilapan ataupun caj yang tidak disedari.
  9. Setiasa peka dan sebolehnya merekod perbelanjaan harian untuk menganalisis aliran wang tunai setiap bulan. Kita dapat kenalpasti samada kita ini boros atau tidak.
Itulah antara tips yang boleh MPA kongsikan. Kalau ada yang nak tambah, dipersilakan. Semoga memberikan manfaat kepada semua. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: