- Pembersih muka - Pilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit muka kita. Periksa terlebih dahulu adakah kulit muka kita jenis normal ataupun berminyak. Pembersih muka berperanan membuang sisa solekan dan kotoran yang ada di wajah kita.
- Rangkaian penjagaan kulit muka - Rangkaian penjagaan kulit muka seperti toner, pelembab, serum dan sebagainya banyak membantu membuatkan kulit wajah kelihatan berseri-seri. Jangan hanya bergantung kepada pembersih wajah semata-mata kerana kulit wajah juga perlu dilindungi dan disegarkan.
- Atasi jerawat - Jerawat terjadi disebabkan pengeluaran sebum berlebihan sehingga liang roma tersumbat dan pembiakan bakteria jerawat yang menyebabkan keradangan kulit. Atasinya dengan kerap membersihkan muka terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
- Jaga pemakanan - Percaya atau tidak, pemakanan mempengaruhi kulit wajah kita agar berseri-seri. Kekerapan minum air kosong dapat membantu melahirkan kulit wajah berseri-seri. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat turut menyumbang ke arah kulit wajah berseri-seri.
- Gula - Awasi pengambilan gula kerana percaya atau tidak, gula mampu menyebabkan pertumbuhan jerawat di kulit wajah. Buktinya, jika kita sedang ditumbuhi jerawat, jerawat sukar untuk susut jika ambil gula secara berlebihan.
- Makanan diproses - Makanan diproses kebanyakkannya makanan segera seperti burger, biskut, makanan dan minuman ringan. Makanan diproses kebiasaanya mengandungi bahan pengawet dan perasa yang tinggi. Bahan perasa dikatakan berperanan merangsang penghasilan minyak, sekaligus menyebabkan pori lebih mudah tersumbat. Seterusnya keadaan ini menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak berseri-seri.
- Kafein - Kafein diakui mampu mencetuskan sensasi bertenaga kepads individu. Namun, pengambilan kafein secara berlebihan dikatakan penyebab merosotnya keanjalan kulit. Untuk mengurangkan kesan negatif tersebut, minumlah air kosong dengan banyak.
- Makanana laut - Seperti yang diketahui, makanan laut yang dimakan berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Makanan laut yang tinggi iodin boleh menyebabkan pori mudah tersumbat, sekali gus kulit wajah mudah ditumbuhi jerawat. Walaubagaimanapun, ada sebahagian makanan laut dikatakan mengandungi Omega-3 yang tinggi yang baik untuk kesihatan kulit.
Penjagaan kulit wajah yang baik disamping pengambilan makanan yang berkhasiat, bukan hanya menghasilkan kulit wajah yang berseri, malah memberikan kesihatan badan yang baik dan juga meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, bagi yang beragama Islam, pengambilan wudhuk dan solat 5 kali sehari atau lebih juga turut menyumbang penghasilan kulit wajah berseri-seri. Cubalah!
(Sumber : Harian Metro, 4 Oktober 2017)
Wallahua'lam