AFB Feed

Monday, April 08, 2019

Jangan pandang ringan batuk yang dialami anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Perasan tidak cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Cuaca tidak menentu ini  sedikit sebanyak menyebabkan badan rasa kurang selesa dan tidak sihat, terutama pada anak-anak kecil. Apabila anak kurang sihat, jangan pandang ringan batuk yang dialami anak. Sebab kemungkinan ianya PNEUMONIA ataupun dalam erti kata lain ialah jangkitan kuman di paru-paru disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Pengalaman MPA sendiri sewaktu Ain menghidap Pneumonia sehingga dimasukkan ke ICU memang memberikan pengajaran yang sangat bermakna. Nasib baik tergerak hati MPA untuk terus ke hospital sewaktu melihat Ain dalam keadaan tidak sihat. Rupanya di seluruh dunia, seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat akibat pneumonia dan pneumonia juga merupakan penyebab kematian no 5 dikalangan kanak-kanak Malaysia yang berumur 5 tahun ke bawah. 

Jadi, jangan ambil ringan dengan batuk yang dialami anak.

Antara tanda amaran pneumonia ialah :
  • demam panas
  • hilang selera makan
  • batuk berkahak samada berwarna kuning atau berdarah
  • pernafasan menjadi laju
  • bibir menjadi biru
Jika terjadi tanda-tanda di atas, segera bawa ke hospital berhampiran untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Jaga kesihatan diri dan anak-anak baik-baik ya sahabat semua.

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

2 comments:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab