Friday, January 10, 2014

Today's Special : Bubur Kacang Merah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Salam Jumaat semua.
 
Memang trend opis mama ni, setiap hari Jumaat, kakak cleaner akan tolong masakkan pemanis mulut untuk semua staf (mana yang berminat la).
Asalnya, big boss mama belikan slow cooker letak kat pantry. Dia pon cakap mintak tolong buatkan pemanis mulut (dessert) untuk staf setiap hari Jumaat. Niat bersedekah agaknya.
Jadi, bermula dari situ, setiap hari Jumaat, kakak cleaner akan sediakan pemanis mulut untuk kami.
 
Untuk hari Jumaat hari ini, kakak cleaner sediakan Bubur Kacang Merah.
 
 
Nampak sedap kan? Ni bubur tak letak santan. Macam mama tak minat santan, okla.
Sesiapa yang berminat dengan santan, bole letak sendiri. Santan ada dalam peti sejuk kat Pantry juga.
 
Wallahua'lam.
 
Share:

Thursday, January 09, 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
 
Jom kita join segmen ni. Klik kat banner tu je.
 
Bukan apa, untuk membantu sahabat-sahabat yang lain. Selain tu, dapat mempromosikan sahabat-sahabat dan produk-produk yang dijual.
 
Blog mama yang tak seberapa ni sekadar cerita suka-duka perjalanan kehidupan mama sekeluarga.
Sebab itu namanya pun MAMA PAPA AMIR.
Apa-apa pun, mama bangga dapat bersahabat di laman blog ini walaupun tak bersua muka sebab banyak yang mama belajar dan ceduk pengalaman sahabat-sahabat mama.
Semoga ukhwah yang terbina di sini berlandaskan syariat Allah.
Insya Allah.
 
Wallahua'lam
 
Share:

Amir dan Sugar Glider

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Dalam entry INI, mama ada cerita yang mama balik Johor ziarah pakcik yang sedang sakit di Hospital. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada, kami ambil peluang menziarah saudara-mara yang ada di sekitar Johor Bahru.
 
Kalau nak kata saudara-mara sekitar Johor, ramai sangat dan memang tak sempat nak ziarah selama 1 hari. Insya Allah, doakan mama ye diberikan kesempatan sekali lagi untuk menziarah.
 
Dalam menziarah saudara-mara, ada seorang sepupu mama bela sugar glider. 
Di Malaysia, belum ramai lagi yang bela sugar glider ni.
 
 
Amir berani-berani takut. Berani datang dekat tapi tak berani pegang.
 
Nasib baik kawan tu jenis pemalu. Asyik nak menyorok je.
 


Mak mama (nenek Amir) berani pegang. Kata mak, kuku dia tajam, sakit sikit la.
 
 
Kata sepupu, dia kuat gigit tapi tak berapa sakit.
 
Apa-apapon, mama memang tak berani pegang. Takut terpicit mati pulak kawan tu. hehe
 
Wallahua'lam
 
Share:

Wednesday, January 08, 2014

Semoga murah rezeki

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Big boss mama bercuti minggu lepas, tak tau la tu kemana.
 
Semalam, dengan murah hati dia bawak buah tangan sikit untuk staf dia.
Alhamdulillah, ingat dia kat staf-staf dia.
Daripada tak tau, terus tau dia ke mana. hihi
 
 
Apa-apa pun, memang sedap.
Terima kasih kerana ingat kami. ^_^
 
Wallahua'lam
Share:

Sunday, January 05, 2014

Alhamdulillah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
  
Baby sapa pulak ni ye? Baby mama ke?
 
Kira baby mama juga la ye. Hehe
 
Sebenarnya, ni baby adik ipar mama.
Alhamdulillah, isteri beliau selamat bersalin pada 02.01.2014 dalam lebih kurang pukul 10 pagi.
Cantik tarikh dia.
Alhamdulillah, ni cucu yang ke-7 belah keluarga papa dan cucu perempuan yang ke-3.
 
Alhamdulillah, ibu dan anak selamat dan dah keluar hospital pun.
Lepas ni mama tunggu adik ipar mama bersalin dalam bulan 5 dan biras mama bersalin dalam bulan 7.
 
Insya Allah, tahun ni Amir dapat adik sepupu 3 orang.
 
Alhamdulillah, murah rezeki mentua mama tahun ni dan bertambah meriah ahli keluarga belah papa.
 
Wallahua'lam
 
Share:

Saturday, January 04, 2014

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Cadangnya nak BW sahabat-sahabat mama tapi tak berkesempatan sebab mama sekeluarga nak balik Johor dengan orang tua mama. Dengar khabar pakcik sakit, ada kat Hospital Sultanah Aminah. Ada seorang lagi haritu masuk Hospital Sultan Ismail tapi dah keluar. Ingat ziarah sekali la.

Apa2pon selamat berhujung minggu semua. Insya Allah mama BW melalui g+.

Wallahua'lam

Share:

Friday, January 03, 2014

BLOGLIST 2014 MSRED

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Jom kawan-kawan kita memeriahkan segmen Ms. Red. ^_^

Share:

Thursday, January 02, 2014

Aktiviti

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Selamat Tahun Baru 2014.
 
 
Sambut tahun baru di mana sahabat-sahabat mama sekalian?
Rasanya banyak tempat dan pelbagai acara disediakan.
 
Mama sekeluarga sambut di tengah-tengah jalanraya.
Kenapa ya?

 
Mama sekeluarga balik Perak, bawa mentua sekali sebab adik ipar mama yang paling kecil (adik bongsu papa) mula bersekolah di kampung harini.
Lagipun, hampir 2 minggu juga mentua mama di rumah kakak ipar di Klang.
 
Disebabkan ditinggalkan agak lama, keadaan rumah biasala, agak berhabuk.
Sekeliling rumah agak banjir. Air di parit depan rumah pun bole tahan tingginya.

Kadang-kadang, nampak ikan berenang-renang kat tepi-tepi rumah ni.
 
Jadi, dekat setengah hari jugala kami mengemas apa yang patut.
Lagi pula, mentua mama kedua-duanya tak berapa sihat.
 
Hasil kerja papa menebas, nampak terang sikit.
 
Budak manja ni, bukan main memanjat dia kat rumah Embah dia ni.
 
Dalam perjalanan balik, papa ajak singgah ke Cendol Bakar.
Cendol Bakar ini lokasi di Jalan Kuala Selangor - Ijok, bersebelahan stesen minyak Mobil.

 
Bukan cendol tu dibakar ye, tetapi cendol En. Bakar. Hehe
Rehat sambil menjamu cendol En. Bakar dan menjamu Bakso (yang ini mama tak pasti En. Bakar punya ke tidak).
 
Ini dia Cendol En. Bakar. Nampak sedap kan?

Rasanya sedap juga.
Bakso untuk mama, papa memang minta tak pedas sebab boleh mama suap Amir.
Bakso papa pedas la sebab papa memang minat pedas-pedas ni, mama yang memang tak suka pedas-pedas, tak tahan perut dan mulut.
 
Inilah bakso nye. Nyum nyum.
 
Banyak juga Amir makan, sedap la tu sebab Amir bukan pemakan sekarang ni.
Susah hati juga bila anak tak nak makan ni.
Bukan apa, takut-takut dia tak dapat cukup nutrisi.
 
Insya Allah, dimurahkan rezeki, papa ajak singgah Cendol Durian Borhan.
Kalau tak salah dekat dengan Tanjong Karang, laluan pergi-balik kami ke kampung.
Insya Allah, mama akan ceritakan andai mama singgah ke sini. ^_^

 
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami dipermudahkan oleh Allah dan perjalanan kami pun lancar disebabkan kurang kenderaan atas jalan walaupun merasa agak sedih juga meninggalkan orang tua di kampung.
 
Semoga kami dimurahkan rezeki untuk menziarahi orang tua kami.
Dan mama mendoakan semua sahabat-sahabat mama turut dimurahkan rezeki untuk selalu menziarahi orang tua sahabat-sahabat mama.
Insya Allah, aamiin.
 
Wallahua'lam
 
Share:

Wednesday, January 01, 2014