Thursday, January 09, 2014

Amir dan Sugar Glider

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
 
Dalam entry INI, mama ada cerita yang mama balik Johor ziarah pakcik yang sedang sakit di Hospital. Alhamdulillah, dikesempatan yang ada, kami ambil peluang menziarah saudara-mara yang ada di sekitar Johor Bahru.
 
Kalau nak kata saudara-mara sekitar Johor, ramai sangat dan memang tak sempat nak ziarah selama 1 hari. Insya Allah, doakan mama ye diberikan kesempatan sekali lagi untuk menziarah.
 
Dalam menziarah saudara-mara, ada seorang sepupu mama bela sugar glider. 
Di Malaysia, belum ramai lagi yang bela sugar glider ni.
 
 
Amir berani-berani takut. Berani datang dekat tapi tak berani pegang.
 
Nasib baik kawan tu jenis pemalu. Asyik nak menyorok je.
 


Mak mama (nenek Amir) berani pegang. Kata mak, kuku dia tajam, sakit sikit la.
 
 
Kata sepupu, dia kuat gigit tapi tak berapa sakit.
 
Apa-apapon, mama memang tak berani pegang. Takut terpicit mati pulak kawan tu. hehe
 
Wallahua'lam
 

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab