Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Tarikh hari ini merupakan salah satu tarikh yang mama masih ingat sebab tarikh hari ini pada 16 tahun yang lalu (16.02.1998) merupakan hari pertama mama melaporkan diri di sekolah di Muar.
Pelbagai perasaan : suka, takut, gerun, sedih.
Tapi Alhamdulillah, mama berjaya harungi selama 2 tahun bersekolah di Muar.
Alhamdulillah, rezeki Allah beri, dapatlah juga mama merasa sekolah berasrama walaupun hanya 2 tahun.
Mama rasa gerun sebab mama tiada kawan dari sekolah lama yang sama-sama masuk ke sekolah baru ini.
Dan tambahan, hanya mama seorang sahaja junior di dalam bilik yang mama huni.
Selebihnya, mama menghuni bersama 3 orang pelajar senior.
Alhamdulillah, mama bersyukur sangat walaupun bersama 3 orang pelajar senior namun mereka baik sangat dan melindungi junior dia seorang ni.
Bila kenang-kenang balik, mama rasa rindu sangat nak ulang balik ke masa tersebut.
Seriously, masa mula-mula berpisah, tipu kalau mama kata mama tak menangis.
Apa-apa pun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan mama redha dengan ketentuanNya.
Sudah semestinya ada suka dan duka selama 2 tahun tersebut,
tetapi bagi mama, kenangan tersebut benar-benar mendewasakan mama dan banyak yang mama pelajari daripadanya.
inilah pelajar perempuan kelas mama. sikit je kan?
ni gambar kami sekelas bersama cikgu kimia tapi ada tak cukup lagi ni.
gambar ni ambil masa kelas prep malam.
Dah siap kerja sekolah, bolehla kawan tu baca suratkhabar.
Mana yang belum, tu yang tekun je siapkan. hihi
Wallahuaklam