Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Semenjak Amir dah berusia 2 tahun ni, mama rasa dah nak kena mula ambil extra serius dengan perkembangan Amir. Sebab itu mama mencuba Trial Class Excel Qhalif.
Malam tadi, dalam perjalanan balik dari kerja, mama terfikir aktiviti apa yang mama nak buat dengan Amir balik nanti. Terlintas di fikiran untuk membeli coklat warna-warni untuk Amir. Amir jenis budak yang suka memasukkan barang ke dalam mulut. Jadi, mama rasa untuk beraktiviti dengan dia, lebih baik barang yang berasaskan makanan dan selamat.
Aktiviti - memasukkan coklat ke dalam bekas kuih dengan menggunakan sudu.
Pada mulanya memang agak sukar untuk Amir tapi lama kelamaan dia mula mahir.
Mama cuma nak dia latih mengawal tangan dia je dulu.
Tapi biasala, mulanya masukkan dalam bekas kuih. Lama-lama masukkan ke dalam mulut dia dulu. Lepas tu, masukkan kedalam mulut mama, Ucu dan Nenek. Hehe
Apa-apa pon, good job my dear son. I'm proud with you.
Wallahuaklam.